Ahad, 11 November 2012

Pas Perak hanya jadi umpan pun-pun Dap

Calon yang diharapkan oleh Pas untuk kerusi N 16.


Pada PRU 12 Pas hanya menang 6 kerusi di Perak dan PRU 13 kemungkinan besar satu kerusi pun tak ada muka Pas dalam Dewan Dun di Perak. Ini kerana Pas cakap tak serupa bikin, cakap lain, buat lain.

Janji nak laksanakan hudud hanya tinggal janji. Nizar Lambai kata dalam dewan undangan negeri bahawa bahawa tidak ada dalam perlembagaan dan anekmen Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan Dr Azizan menteri besar Kedah juga berkata hudud tidak akan dilaksana kan di Kedah.

Sebelum Pru 12, Pas kata orang Islam wajib undi calon Islam dan tolak calon bukan Islam. Oleh sebab itu Pas menang 6 kerusi tetapi selepas selesai Pru 12 Pas sanggup pula bekerjasama dengan bukan Islam dalam membentuk kerajaan pembangkang.

Pas menjadi merak buih bila Nizar Lambai dilantik menjadi Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak dan sebelum itu Ngeh Koo Ham dan Karpal Sink mencabar undang-undang tubuh negeri Perak dan Dap juga turut mengecam Sultan Perak.

Akhirnya Dap akur dan menerima perlantikan Nizar Lambai tetapi Nizar dan Pas terpaksa menjadi kuda kayu Dap. Nizar hanya perlu berceramah dan bertazkirah sahaja dan segala urusan pentadbiran dilakukan oleh Ngeh dan Nga.

Dalam tempoh 11 bulan Pas dan Dap memerintah Perak tanah-tanah kerajaan negeri yang dikategorikan sebagai prime lands habis dikebas oleh konco-konco Dap. Di Taiping banyak bangunan baru sedang rancak dibangunkan oleh pemaju hasil daripada 11 bulan pentadbiran kerajaan Dap yang disokong membuta tuli oleh Pas.

Sekarang Dap dah ada senarai calon Melayu untuk mewakili Dap dalam Pru 13 dan setakat Dap telah mengenal pasti 3 kerusi Dap  iaitu Jelapang, Malim Nawar dan Kepayang akan diwakili oleh calon Melayu.

Walaupun kawasan tersebut majoritinya pengundinya Cina, Dap akan memastikan dan memaksa pengundinya memberikan undi kepada calon Melayu.

Di Taiping, kerusi N16 Kamunting, desas desus menyatakan kemungkinan besar akan diambil alih oleh Dap dengan meletakkan calon Melayu.

Pas dalam masa yang sama telah mula bertelagah dengan Pkr dalam perebutan kerusi Dun Changkat Jering yang pernah diwakili oleh Pkr. Alasannya mudah kerana Adun Osman Jailu yang mewakili Pkr telah menyebabkan Nizar Lambai hilang kerusi menteri besar.

Oleh itu, mimpi Nizar dan Pas Perak untuk meletakkan Nizar sebagai menteri besar tak akan kesampaian. kerana Dap sendiri sudah mempunyai calon Melayu yang untuk dilantik sebagai menteri besar.

Ramai ahli dan penyokong Pas sudah sedar bahawa mereka telah ditipu oleh pemimpin mereka dan berjanji akan mengundi untuk BN walaupun mereka tak berani bertukar bendera, protes akan dibuat secara senyap untuk menentang kemunafikan kepimpinan Pas.

Tindakan Pas bekerja sama dengan Dap hanya menguntungkan pihak Dap sahaja dan Dap akan menjadikan Pas sebagai umpan pun-pun sahaja untuk meraih undi Melayu dalam Pru 13 akan datang.Niat Pas untuk mempergunakan Dap sama sekali tidak akan menjadi kenyataan.