Jumaat, 16 November 2012

Pas terlalu tamak dan berlagak, akhir makan diri.





Tindakan Kerajaan Pas Kedah yang terlalu 'rakus' mewujudkan lebih 40 kursus di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menjadi antara punca institusi pengajian tinggi itu berdepan dengan pelbagai masalah ketika ini.

Bekas Pengerusi Kuin, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tawaran kursus yang terlalu banyak dipercayai bagi tujuan komersial memberi kesan negatif kepada pentadbiran dan pengurusan kolej universiti berkenaan selepas jumlah pelajar memasukinya tidak mencapai sasaran.

"Kuin perlu menyediakan segala keperluan termasuk prasarana, pensyarah dan membayar gaji kakitangan tetapi apabila jumlah kemasukan pelajar tidak mencapai sasaran, kolej universiti itulah yang terpaksa menanggung kos pentadbiran serta pengurusan.

"Bahkan apabila banyak sangat perkara nak urus, maka akan timbul banyak kekurangan disebabkan kelemahan pentadbiran daripada kerajaan negeri sendiri," katanya.


Pas masih berangan-angan nak mentadbir negara pula. Fikir lah kalau sebuah kolej pun gagal, macam mana pula pentadbiran negeri? 

Kedah semakin mundur di bawah Pas, bandar Alor Setar semakin kotor. sampah, jalan raya, longkang , perparitan rumput dan semua yang terpikul di atas kerajaan negeri menjadi semakin tidak terurus. 

Apa yang Pas tahu ialah menyita rumah yang tidak menjelaskan cukai pintu. Langsung tak wujud sifat sebuah kerajaan berkebajikan  apa lagi kalau disebut kerajaan Islam, jauh panggang dari api.