Khamis, 15 November 2012

Peraturan baru JPJ mengenai basikal elektrik

 Agak pelik kerana JPJ mengenakan syarat basikal elektrik berkelajuan 35 hingga 50 km sejam wajib didaftarkan dan berlesen. Ia akan menambah beban kerja dan merugikan mekanisme pentadbiran kerajaan. Ini kerana usia basikal elektrik tidak lama seperti sebuah motosikal yang mampu bertahan belasan tahun.

Melucukan lagi syarat baru seolah-olah mahukan teknologi mundur ke belakang dan tidak mengiktiraf teknologi terkini. JPJ kena lihat negera-negara barat yang berlumba-lumba menghasilkan basikal elektrik.