Rabu, 7 November 2012

Tulang besi bertukar jadi besi karat


TUESDAY, NOVEMBER 6, 2012UMNO Halalkan Murtad Di Wilayah PersekutuanNurul Izzah telah dijadikan bahan fitnah dan nista oleh UMNO berkenaan dengan isu mutad. 
Sewaktu Natrah dimurtadkan, UMNO cuma berpeluk tubuh dan berdiam diri
Nurul Izzah cuma membaca terjemahan ayat Quran yang berbunyi "Tiada paksaaan dalam agama..." tetapi wartawan yang melapor tersalah faham serta ingatkan itu adalah kenyataan umum Nurul Izzah. Maka, media2 telah membuat silap melaporkan kononnya Nurul Izzah menyokong murtad.
Soalnya sekarang, bagaimanakah dengan rekod buruk UMNO sendiri di dalam menangani murtad? 
Rekod UMNO menyokong murtad bermula sejak zaman 50an lagi dengan peristiwa Natrah lagi. Apabila Natrah dimurtadkan oleh British pada 1950, UMNO cuma berpeluk tubuh dan berdiam diri.
Yang menganjurkan protes menentang permurtadan Natrah adalah mantan Presiden PAS, Dr Burhanuddin Helmi serta Karim Ghani. Tiada seorang pun pemimpin2 UMNO pada masa itu yang merengkok dalam penjara kerana memperjuangkan murtadnya Natrah.
Lagi bukti jelas adalah adalah Akta Jenayah Syariah 1997 untuk Wilayah Persekutuan. Akta tersebut diluluskan oleh UMNO dan ditulis oleh UMNO. Ia adalah hasil usaha kerja tangan UMNO semata-mata dan tiada siapa lagi.
Di dalam Akta yang dihasilkan oleh UMNO 100% tersebut TIDAK MENYATAKAN MURTAD SEBAGAI KESALAHAN JENAYAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN.
Dengan kata lain, murtad di Wilayah Persekutuan adalah HALAL. Mana-mana orang Islam yang MURTAD di Wilayah Persekutuan TIDAK BOLEH didakwa di Mahkamah Syariah dan dihukum. Mereka bebas murtad sesuka hati mereka tanpa boleh diambil tindakan oleh JAWI.
Kita juga mesti ingat, yang meluluskan Akta ini adalah UMNO. Bukan Ambiga, Harris, paderi Kristian ataupun sesiapa sahaja. Ianya adalah kerja tangan UMNO semata-mata.
Jelas, perjuangan menentang murtad oleh UMNO ini hanya satu sandiwara, drama dan lakonan. Mereka sendiri menjadi penyokong dan pendokong murtad nombor satu di Malaysia. Mereka jelas tidak serius menangani isu murtad.
Sepanjang kewujudan UMNO kita lihat UMNO menjajai fahaman "Politik Suku, Agama Suku". Sekaligus menyesatkan jutaan umat Islam di Malaysia dengan ajaran yang berlawanan dengan Islam ini. Tidakkah ini satu tindakan yang membawa kepada murtad?
Jangan lah kita terpedaya dengan lakonan-lakonan mereka ini.
TULANG BESI





Blog Pas Tulang Besi telah memutar belitkan " ISU NATRAH". Tulang besi mengkin berniat jahat dengan menuduh Umno berpeluk tubuh dalam isu Natrah yang menjadi isu besar dalam agenda Melayu pada tahun 50an.

Tulang besi sepatutnya menyalahkan Pas kerana parti itu berdiam diri tanpa berbuat apa-apa, kita tahu Pas telah ditubuhkan secara tak rasmi sebelum tahun 50an.

Tulang besi sebenarnya tidak tahu hujung pangkal dalam isu Natrah, beliau hanya main tembak sahaja. Isu Natrah telah dibukukan dan dipentaskan untuk pengetahuan umum.  Tulang besi jangan jadi bodoh seperti orang Pas dan Pkr.

Tulang  besi sepatutnya menyalahkan Pas dan Pkr dalam isu murtad di Selangor sehingga menyebabkan Dato Dr Hasan Ali dipecat oleh Dap Selangor daripada kerusi Exco Kerajaan Selangor. Tulang besi juga patut mengkritik Khalid Samad dan Anwar Ibrahim yang membenarkan Katholik Herald menggunakan kalimah ALLAH dalam bulitin mereka. Tulang besi juga patut mengkritik Anwar yang menyokong LGBT dan yang menyokong murtad oleh Lina Joy.

TULANG BESI JANGAN JADI MUNAFIK ,