Ahad, 23 Disember 2012

ARKIB: Nasib 80,000 bekas tentera tidak berpencen akan dibela

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan membawa isu berkaitan nasib kira-kira 80,000 bekas tentera yang tidak berpencen kepada kerajaan bagi diberi bantuan.

"Kita bawa perkara ini untuk kita bincangkan apa bentuk bantuan yang boleh diberi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Bekas Warga Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Zahid berkata, mereka tidak mendapat wang pencen kerana tempoh perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang daripada 21 tahun.

Katanya, bekas tentera yang tidak menganggotai persatuan bekas tentera juga akan dibantu bagi membolehkan mereka menerima imbuhan, memandangkan terdapat peruntukan RM50 juta yang disalur kepada Perbadanan hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di bawah Bajet 2012.

Peruntukan tersebut akan digunakan untuk program-program kerjaya kedua dan juga latihan usahawan kepada bekas tentera, katanya.

Mengenai permintaan bekas tentera agar peruntukan kewangan itu disalurkan mengikut koperasi rejimen atau batalion, beliau berkata perkara tersebut sedang diteliti kerajaan.—BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz2FpMejkrK
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 ulasan: