Ahad, 23 Disember 2012

Khalid Perlu Selidik Sebelum Keluar Kenyataan - Mohd Zin 21/12/2012

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Zin Mohamed menyifatkan alasan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor sama sekali tidak masuk akal apabila menegaskan kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda di luar bidang kuasa kerajaan negeri.Ujarnya kerana umum mengetahui keputusan cukai yang berkaitan dengan negeri dibuat oleh majlis bandaraya berdasarkan arahan daripada kerajaan negeri.