Salam sampai hilang kepala |
Selepas mengenakan caj air mentah kepada Pulau Pinang, kini kerajaan negeri berhasrat melakukan perkara sama kepada agensi kerajaan pusat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) selain syarikat dan kilang di Kedah, Pulau Pinang serta Perlis yang mengambil air dari sungai.
Pengerusi Jawatan kuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri Datuk Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini mengumumkan akan mengenakan caj air mentah kepada Mada bermula tahun depan selain mana-mana syarikat dan kilang di negeri ini, Perlis dan Pulau Pinang.