Isnin, 10 Disember 2012

Bekas OCPD Slim River meninggal dunia,


Tak sempat jadi calon.

Bekas OCPD Slim River yang menyertai Pas  Hj Abdullah Omar (66) sudah pun meninggal dunia, takziah kepada keluarga allahyarham dan sedih juga lah kerana beliau meninggal sebagai seorang Pas. Setelah bersara beliau memilih Pas sebagai wadah perjuangannya dan antara kesalahan berat yang beliau lakukan ialah menuduh kerajaan BN merampas Terengganu dengan menghantar ribuan pengundi hantu warga Kemboja dan Myanmar dalam memenangkan Umno pada PRU 2004 lalu.

Menurut rakan polis, beliau seorang yang banyak masalah dalam tempoh perkhidmatannya dan dengan menyertai Pas adalah satu langkah terbaik untuk menebus dosa-dosanya. Tetapi sayangnya dalam Pas pun dia(arwah) terus menfitnah kerajaan.

Tahukah kita bahawa setiap kali pilihanraya semua parti politik dibekalkan senarai nama pengundi bagi setiap  pusat mengundi. Parti politik yang bertanding boleh menyemak setiap nama pengundi dan boleh melawat setiap rumah pengundi untuk berkempen. Oleh itu tuduhan beliau amat tidak berasas dan satu dosa yang berat.

Moga orang Umno dapat mengampunkan dan memaafkan fitnah-fitnah beliau. Semoga rohnya mendapat rahmat Allah.


TAIPING, 8 Dec-Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River, Abdullah bin Omar telah kembali kerahmatullah jam 6 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak.
Allahyarham yang juga bekas ketua cawangan khas (SB) Perak merupakan ahli dan aktivis PAS selepas beberapa tahun bersara sebagai anggota polis.
Maklumat ini disampaikan menerusi kiriman di Facebook sebentar tadi.
Allahyarham adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu.
Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin dijangka akan menziarahi Allahyarham di kediamannya dan jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini.
Kehilangan Allahyarham sebagai seorang ahli PAS amat dirasai kerana sehingga kini pendedahannya langsung tidak dijawab Umno mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadi antara agensi pelaksana kegiatan jahat tersebut,
Jalan Pulang dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang soleh.
AL FATIHAH
JALAN PULANG

Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).
Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.“saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,
“bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujarnya.
Haji Abdullah berkata PAS bukan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh].Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.
Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.
“Sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, “melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.
Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, Najib Altantuya.
Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’.
Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.
Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/08/bekas-ocpd-slim-river-yang-sertai-pas-kembali-ke-rahmatullah/