Ahad, 30 Disember 2012

Cikgu Non vs Hadi Awang

Debat Perdana



Setelah menyepi kan diri beberapa minggu akhirnya Hadi Awang membuka mulut dan bersedia untuk menjawab isu amanat beliau 1981 sehingga menyebabkan berlaku penentangan terhadap kerajaan oleh kumpulan Ibrahim Libya yang membawa kematian dan menukarkan sejarah Pas sebagai parti Islam kepada sebuah parti rebellian atau kumpulan ekstrem. Selepas itu dalam tahun 2000 muncul pula kumpulan al-Maunnah dan kumpulan Styer. (Styer bertujuan untuk memusnahkan kilang arak yang terdapat di Shah Alam).

Peristiwa Memali terus menjadi barah kepada Pas dalam isu Tabung Memali. Cikgu Non mangsa fitnah Senator Husin sehingga beliau dipecat daripada Pas telah bangkit untuk mendedahkan kemunafikan Pas terutama dalam isu Memali. Cik Non telah menulis dua buah buku yang berjudul Air Mata Memali dan terkini ialah Kafirkah Aku yang ditujukan khas kepada Presiden Pas Hadi Awang.

Selepas membisu lebih seminggu, Hadi muncul dan memohon diberi peluang 1 jam untuk bercakap di televisyen. Permintaan telah diluluskan dan sebaik-baiknya RTM dan TV3 hendaklah menjemput sama Cikgu Non untuk berdepan dengan beliau.

Apa macam?