Khamis, 13 Disember 2012

Kaki Tangan Kerajaan Yang Menyokong Pas Haram Makan Gaji Duit Kerajaan



Kerajaan Makan Duit Cukai Babi RM9.3 Bilion?
thesniper | Nov 06, 2012 | Comments 000



Oleh: Ibnu Hasyim



CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
KERAJAAN Malaysia makan duit cukai babi dalam masa 4 tahun ini sebanyak RM9.3 billion? Duit tu le bagi ustaz-ustaz BN makan!.(gaji).
Kata seseorang, kuat-kuat dalam sebuah kedai minum di Keramat petang tadi.. sedang jainya mengetip komputer bimbit melihat web di internet..
“Cukai babi? Aku tak pernah dengar pun?” Aku sampuk mengacah..
“Apa tidaknya, hang tengok ni..” Dia terus baca kuat, bagi ramai orang keliling kami dengar…
“KL, Kerajaan memperoleh hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen. Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula..tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67,2009 (RM2,292,892,729.5),2010 (RM2,335,160,184.27)dan tahun 2011 (RM2,486,975,543.29).
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.”
Dia berhenti baca sekejab dan berkata dengan bangga, “YB Nasir, orang kampung aku tuu…”
Baru dia sambung baca, “Daripada hasil itu, sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah,Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd,Magnum Corporation Sdn Bhd,Sarawak Turf and Equestrian Clubdan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.
“Katagori perjudian yang dibenarkan adaalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.
“Dalam soalan asal, Nasir meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai.” Jelasnya. Beberapa orang di kelilingnya sorak gembira. “Habis.. Ada apa-apa komen??”
“Hang sebut tadi ‘cukai babi’, tapi hang baca ‘cukai judi’?” seseorang menempelak.
Dia jawab, “Sama la tuu. Sama-sama haram! Sepatutnya ahli parlimen kena tanya lagi, cukai arak, cukai lendiaq…………” Sebut ‘lendiaq’ masing-masing terdiam.
“Lendiaq? Ayaq lendiaq!! Takkan tak tau?? Di hotel-hotel besaq, Belakang Mati.. ada. Semua jumlah cukai-cukai haram tu dicampuq Baru tahu berapa banyak kerajaan yang mengaku Islam ni ‘muntah kedaghah’ duit haram!! Berapa peratus dari seluruh jumlah pendapatan datang dari duit haram!!

“Tu sebab aku sebut duit cukai babi, duit haram bagi orang Islam. Kalau sebut ‘babi’ orang mudah paham najis berat. Kalau sebut judi, arak.. puak-puak UMNO meleleh ayaq liok, sedap, peluang dapat duit!”
Walaupun menternak babi, bagi orang bukan Isam, di dalam kerajaan Islam dibolehkan, dengan syarat-syarat yang ditentukan.
Kata-katanya itu mengingatkan aku, kepada ceramah-ceramah PAS di tahun-tahun 50an dan 60an, dikatakan isu arak dan judi ini menjadi isu ampuh menyerang UMNO/PERIKATAN waktu itu.
Antara kata-katanya, “Puak-puak UMNO ni melihat lori babi lalu, meluduh kiri kanan, benci, kotor, najis. Tapi kalau lori arak lalu, hee meleleh ayaq liok depa…”
Sekian, as-salamu ‘alaikum?
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/11/06/kerajaan-makan-duit-cukai-babi-rm9-3-bilion/


TM NOTE;


  1. Berat sungguh tuduhan Ibnu Hasyim terhadap kerajaan Barisan Nasional.  Dahulu dalam satu ceramah politik oleh Azli Janggut atau Azli Taliban di Perak, beliau menuduh Mufti Perak makan gaji dengan duit haram, duit babi, duit judi, duit pelacur. 
  2. Kini Ibnu Hasyim pula menambah derita kakitangan kerajaan yang seramai lebih 3 juta orang. Ibnu Hasyim menuduh bahawa gaji ustaz-ustaz Bn di bayar dengan wang babi.
  3. Tak apa lah nak buat macam mana, daripada 3 juta kaki tangan kerajaan hanya 15 % sahaja kaki tangan yang menyokong kerajaan dan selebihnya 85% lagi adalah penyokong Pas atau ahli Pas, Dap dan Pkr.
  4. Jadi, Nak tanya Ibnu Hasyim, orang Umno atau orang Pas yang makan gaji daripada hasil babi?
  5. Ini termasuk juga lah wang BR1M, Kwapm, boucher tuisyen, RMT yang diberikan kepada anak-anak sekolah . 
  6. Kalau diikutkan 100% orang Pas makan duit hasil babi lah! Ini termasuklah duit pencen yang diterima oleh Ibnu Hasyim.
  7. Bila kita kutuk orang Pas yang makan gaji dengan kerajaan, dengan pantas mereka menjawab " Duit kerajaan bukan duit Umno, duit kerajaan duit rakyat, rakyat yang memilih kerajaan" cukup bijak Pas menghalalkan duit babi...bila kena kat depa.


3 ulasan:

  1. berhujah dgn parasit2 ni buang masa jika kita benar pun salah ,,,tapi jika mereka yg salah jadi benar , sudah jgn layan ,,,
    pekak ,bisu dan tuli surah albakarh

    BalasPadam
  2. Hasil duit tu dah menyerap ke sum sum dia, pasai tu la dia tak berasa apa apa!!! Musibat....jenih Allahyarham Bunyamin la jugak ni.....

    BalasPadam
  3. Patutlah orang kerajaan perangai macam babi. Makan gaji duit hasil babi rupanya.

    BalasPadam