Setiap tahun PWTC akan menjadi sesak dengan orang Umno. Bukan saja PWTC, semua hotel penuh dengan orang kampung yang dapat peluang setahun sekali berkunjung ke ibu negara. Restoran pun ambil kesempatan untuk sembelih orang Umno cukup-cukup.
Pernah terjadi kisah seorang ketua kampung yang datang pagi Khamis untuk majlis perasmian dan bawa orang kampung masuk kedai makan dan bila nak bayar, cashier kata seratus lebih untuk 4 orang. Rupa-rupa Tok Ketua salah masuk kedai, dia masuk hotel punya tempat makan, ketika itu masih di bawah Pan Pacific. Nasib lah ada orang Umno yang sudi belanja mereka.
Tengah hari pula kebanyakan perwakilan dan pemerhati akan menikmati jamuan makan tengah hari secara percuma di seberang sungai. ( Syok dengar sudu garpu berlaga).
Pun begitu ramai juga yang takut-takut untuk ke sana dan mereka pergi lah ke gerai-gerai di Medan Hang Tuah di The Mall atau gerai-gerai yang menyewa di luar pintu masuk.
Masalahnya ialah harga makanan yang mahal, apa lagi yang ada di sekeliling PWTC. Mana mampu orang kampung yang berbelanja di sana kerana harganya mahal.
Lain lah mereka (orang Umno ) yang bergelar ahli koperat, Riverside penuh sesak dengan orang yang kaya dan mampu.
Apapun cadangan Sangkakala jari 9 memang betul, satu kiosk yang menghidang kan menu rakyat patut diadakan dalam PAU akan datang.
http://sangkakalajari9.blogspot.com/2012/12/kegagalan-perhimpunan-agung-umno-2012.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.