Khamis, 20 Disember 2012

MB dolak dalik: Ean Yong enggan ulas

MR KHALID

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatan kuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Negeri, Ean Yong Hian Wah enggan mengulas sikap dolak dalih Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu kenaikan cukai pintu dan bayaran lesen.

Khalid sebelum ini berkata beliau tidak akan campur tangan dalam perkara itu kerana, menurut beliau, kenaikan itu ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dibawah kerajaan persekutuan.

Kurang 24 jam selepas itu, ekoran desakan pelbagai pihak, beliau berubah nada dan mengumumkan penubuhan sebuah jawatan kuasa untuk mengkaji kenaikan 10 kali ganda cukai pintu oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

Ean yang dilantik mempengerusikan jawatan kuasa itu enggan diheret dalam sikap tidak menentu Khalid.

"Saya tidak pasti, itu kenyataan Menteri Besar," katanya ketika dihubungi Antara pos.

Beliau mendakwa jawanta kuasa itu mempunyai mandat untuk mengemukakan cadangan baru mengenai cukai pintu selepas mengadakan sesi pendengaran awam.

"Semua data atau cadangan baru akan dicadangkan oleh jawatan kuasa kepada pihak kerajaan.

"Jadi kena dengar bantahan dulu, rintihan daripada pemilik tersebut sebelum buat cadangan (baru)," ujarnya.

Jawatan kuasa itu turut dibarisi Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, wakil daripada Unit Perancangan Ekonomi dan juga wakil dari Perbendaharaan Negeri.

Sumber : Antara pos.com