Soo Kay Ping 47 tahun seorang jurutera komputer merupakan Ketua Pemuda Gerakan Taiping dan Penyelaras Parlimen Taiping telah pun disebut oleh pucuk pimpinan parti Gerakan sebagai calon muda untuk bertanding di DUN Aulong yang dimenangi oleh Dap dalam PRU 12 yang lalu.
Soo kini dalam usaha mendekati pengundi di semua peringkat parlimen dan khususnya Dun Aulong.
Kelmarin pada Ahad pagi beliau telah menemui pengundi kawasan Kota West dan Aulong lama untuk mendengar sendiri permasalalahan mereka.
Aulong Lama merupakan perkampungan tradisi yang dibina oleh penduduk secara gotong royong atau usaha teroka merupakan bekas lombong dan reseb jalan keretapi KTM.
Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Dr Zambry telah pun meluluskan permohonan tanah penduduk dan kebanyakannya telah menerima geran masing-masing.
Oleh kerana kawasan ini diluar daripada pengawasan PTB maka kampung ini banyak mengalami masalah pembuangan sampah, perparitan dan sebagainya.
Oleh itu pengundi disana perlulah memberi peluang kepada BN untuk terus mentadbir dan membantu penduduk Aulong dalam menguruskan frasarana mereka. Adun Dap ternyata tidak dapat membantu kerana mereka tidak mempunyai peruntukan.
Soo juga optimis bahawa pengundi Cina Taiping akan mengundi BN kali ini kerana YB Dato Tan Lian Hoe Timbalan Menteri KPDNKK akan bertanding kali ini , Dahulu pengundi memprotes kerana Dato Kavies memungkiri janji dan enggan melepaskan kerusi parlimen Taiping yang dimenanginya pada 2004.
Kini setelah 4 tahun parlimen Taiping dikuasai oleh Dap Nga Kor Ming ternyata beliau gagal membawa sebarang perubahan dan kemajuan dan hanya setakat turun sesekali untuk berceramah mengkritik BN, Mengkritik tanpa memberi idea yang bernas.
Penduduk yang kaya tidak memerlukan bantuan kerajaan oleh sebab itu mereka dengan mudah memilih pembangkang tetapi mereka sebenarnya telah menzalimi pengundi yang miskin yang sentiasa memerlukan bantuan kerajaan dalam menguruskan kehidupan mereka dan ini jalas menunjukkan golongan kaya sebenarnya telah menzalimi golongan miskin yang sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan semasa mereka menghadapi kesusahan dan bencana.