Isnin, 10 Disember 2012

Kebebasan beragama perlu dipertahankan di Indonesia dan Malaysia

Bekas Presiden Indonesia Habibe telah dijemput hadir untuk memberi ceramah tentang peri pentingnya sistem plurelisme beragama diamalkan di Malaysia.

Terdahulu Nurul Izzah Naib Presiden Pkr menyuarakan perkara yang sama dalam satu forum yang diadakan di sebuah gereja di Shah Alam awal bulan lalu.

Plurelisma juga mendapat sokongan Parti Islam Se Malaysia iaitu PAS yang menyokong kenyataan Nurul Izzah dalam perkara kebebasan beragama.

Pada kempen pilihan raya 2012 yang lalu Pas telah memperlekeh kan Perlembagaan Persekutuan dengan menuduh Umno yang bertanggung jawab terhadap perlembagaan tersebut ingin memurtadkan orang Islam kerana dalam perlembagaan tercatat bahawa seorang rakyat Malaysia hanya boleh memilih agama mereka apabila berusia 18 tahun.

"Ini Umno tulis" kata Pas,

"Umno sememangnya sekular yang menggunakan undang-undang penjajah, oleh itu dalam PRU 12 Umno wajib ditumbangkan" kata Lebai Kera Pas yang berceramah dalam rumah Allah.

Kerana memfitnah Umno, hari ini Pas terima padah. Pkr telah membawa budaya pruralisme ke Malaysia. Pemimpin Pas terpaksa akur dan menyokong kenyataan Nurul Izzah sehingga menjadi teks khutbah solat Jumaat.

Nampak jelas bahawa pendirian Pas terhadap agama Islam boleh berubah kerana kepentingan politik semata-mata. Pas telah menjual agama dan melacurkan akidah demi undi untuk menguasai Putrajaya.

Terjemah teks ucapan Habibie di UNISEL Selangor