Kebanyakan ikan terubuk masin yang dijual di Pasar Satok diperolehi dari sungai-sungai di Sarawak sahaja. Ikan terubuk masin Sarawak sangat popular di kalangan pengunjung atau pelancong dari semenanjung, kalau tak beli ikan terubuk, kek lapis atau tikar Serikin, maka tidak sah kunjungan mereka ke Bumi Kenyalang.
Ikan terubuk akan diproses, di sumbat garam dan terus dijual terus kepada pembeli. Ikan terubuk tidak dijemur atau direndam dalam air garam.
Oleh itu ikan terubuk masin tidak boleh disimpan lama, pembeli hendaklah segera menyimpan ikan tersebut secara sejuk beku secepat mungkin sebaik sahaja tiba di rumah. Lambat berbuat demikian akan menyebabkan ikan akan rosak.
Oleh itu adalah lebih baik pengusaha terubuk masin mencuba kaedah baru iaitu menjual secara sejuk beku dan membuat ikan terubuk kering.
Pengusaha perlu memikirkan agar produk boleh dijual di pasar raya dengan pembungkusan yang baik dan seperti jualan ikan-ikan sejuk beku yang banyak terdapat di pasaraya.
Pengusaha ikan terubuk mesti mencuba kaedah-kaedah baru dalam mencari pasaran baru. Kita ingin melihat ikan terubuk masin dari Sarawak dijual di Harrods, Aeon, Giant, Mydin dan lain-lain pasaraya besar di dalam dan luar negara.
Kubah Ria |
Medan Niaga Satok |