Jumaat, 28 Disember 2012

Tinggal 4 hari lagi akaun akan ditutup Idham Lim Adun Titi Serong



Dalam sibuk-sibuk kita mengkritik kepimpinan Pas dalam isu rasuah Nik Aziz, Ngeh dan Nga, isu amanat Hj Hadi dan isu Nik Aziz naik bot melawat mangsa banjir, mari kita lihat pula mereka yang berada dibawah.

Ini kisah Adun Pas dari Titi Serong Idham Lim atau lebih dikenali sebagai Cina Islam yang sedang mengumpul kekayaan cara mudah sebelum bersara dari politik.

Sejak menjadi ahli dewan DUN Titi Serong dia telah merancang untuk menubuhkan sebuah Pusat Islam bernama Darul Anwar dan seperti biasa dananya bukanlah dari duit poket dia.

Idham telah menubuhkan beberapa NGO untuk tujuan mengumpul dana projek besar beliau. Yang peliknya ialah nombor akaun bank berbeza-beza mengikut masa. NGO yang ditubuhkan juga berubah-ubah mengikut masa dan kesesuaian.

Pada peringkat permulaan, Idham Lim meluahkan rasa kecewa kerana projeknya tidak mendapat sambutan, buku-buku resit yang dicetak tidak banyak terjual, maknanya dana yang masuk amat terhad.

Idham Lim sampai sanggup buat sidang media dan menjemput Harakah dan bloggers Pas untuk membantu beliau.

Dahulu Idhma Lim buka akaun atau nama derma wakaf akan masuk dalam akaun Idham Lim Care no akaun 558417102650, setiap derma bernilai RM 10 sekaki persegi. Peringkat ini langsung tidak mendapat sambutan.

Idham muncul dengan idea baru, setiap wakaf yang bernilai RM250 akan mendapat satu unit quran digital dan RM 400 akan dapat dua unit. Usaha ini menghasilkan kejayaan besar, akan tetapi no akaun telah berubah kepada no baru iaitu 558417102994.

Persoalannya ialah kenapa nombor akaun berubah-ubah dan nama tabung juga berubah-ubah, jika dahulu atas nama Idham Lim Care kini atas nama Persatuan Kebajikan Islam Idham Lim Care.

NGO yang ditubuhkan mempunyai lembaga pengarah yang terdiri daripada kaum keluarga sendiri. Boleh kah macam tu, nak tanya sikit kepada Lim dan pendaftar pertubuhan.

Kini setelah lebih setahun tabung kutipan dana wakaf untuk projek mega berjalan, maka 31 Disember 2012 tabung akan ditutup.

Target beliau ialah untuk mengumpul dana sebanyak RM 5 juta mungkin sudah melepasi sasaran. Selepas ini kita tunggu adalah beliau akan buat sidang media untuk mengumumkan jumlah dana dan satu perkara lagi nak tanya kepada beliau ialah siapa juruaudit yang bertauliah yang dilantik oleh beliau..