TAIPING 28 Jan 2013. – 13 Laporan polis telah dibuat oleh beberapa wakil NGO di Ibu Pejabat Polis Taiping pada jam 3.00 petang tadi bagi membantah majlis memperingati Mat Indera yang mati digantung di penjara Taiping 60 tahun lalu. Pas Taiping dan Persatuan Kebajikan Rangkaian Bekas Angakatan Tentera (KERABAT) Cawangan Kamunting bertanggung jawab dalam majlis ini.
Majlis Memperingati Kematian Mat Indera secara tidak langsung mengangkat serta mengagungkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan realitinya dan umum mengetahui bahawa Mat Indera adalah pendokong serta terlibat dengan gerakan komunis
Majlis tersebut akan memberi impak negatif terhadap generasi muda pada masa kini dan akan datang. Kerabat dan Pas Taiping cuba memanipulasikan serta memutar belitkan fakta sejarah negara dengan mengagungkan petualang bangsa, agama dan negara.
Kerana politik sempit Mat Sabu yang menjadi tunggangan Dap ( Lim Guan Eng) beliau sanggup mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dalam usaha meraih sokongan politik menjelang PRU 13.
Tindakan Pas dan Kerabat ( pertubuhan yang tidak didaftarkan dengan ROS) dilihat sebagai satu usaha untuk menyuburkan kembali fahaman komunisme di negara ini melalui flatform politik.
Sehubungan dengan itu wakil-wakil NGO daripada 13 pertubuhan mendesak agar pihak Polis (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius perkara ini kerana wujud satu usaha baru daripada parti politik dan pertubuhan tertentu untuk mengiktiraf perjuangan komunis di negara Malaysia yang tercinta ini dengan memanipulasikan cerita berhubung Mat Indera .
Kemunculan anasir jahat yang meracuni minda serta pemikiran rakyat melalui ideologi komunisme ini wajar dikenakan tindakan tegas. Ngo yang membuat laporan tadi meminta pihak Ketua Polis Daerah Taiping supaya tidak meluluskan serta tidak membenarkan majlis tersebut diadakan pada esok hari demi menjaga kesejahteraan , keamanan dan melindungi penularan ideologi komunisme cara baru.
Kubur Mat Indera di Taiping |
Binaan tambahan yang dibuat baru-baru ini oleh Pas sesuai untuk dijadikan tugu peringatan |