Rabu, 9 Januari 2013

20 Dalil Jadi Agenda Utama Gerakan ‘Jom Tolak Pakatan’ Di Selangor

SHAH ALAM, 8 Jan – Sebanyak 20 Dalil mengapa rakyat harus menolak kerajaan Pakatan di Selangor menjadi agenda utama kepada penubuhan sekretariat `Jom Tolak Pakatan' khususnya di Selangor.

Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) , Hamidzun Khairuddin berkata realitinya selepas hampir lima tahun Selangor diperintah rejim Pakatan DAP, PKR dan Pas, Selangor dibelenggu dengan pelbagai krisis, polemik, penyelewengan dan masalah yang tidak pernah selesai.

"Kami sebagai rakyat Selangor sudah serik dengan gelagat, perangai putar alam dan berdalih pemimpin regim pakatan ini. Kami sama sekali menolak kerajaan regim pakatan ini.

"Atas kesedaran ini, kami sepakat bersetuju membentuk Sekretariat 'Jom Tolak Pakatan', atas inisiatif untuk melahirkan gelombang menolak DAP, PKR dan Pas. Dengan slogan  'Jom Tolak Pakatan', dengan disertai oleh gabungan NGO dalam negeri Selangor, gerakan ini akan menjalar ke peringkat akar umbi," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi 20 dalil yang menjadi agenda utama kempen 'Jom Tolak Pakatan' ini seperti MANIFESTOGATE di mana pihak pakatan telah gagal menunaikan 31 janji dalam manifesto PRU12 mereka, selain kini berhutang RM2.4 biilion kepada rakyat Selangor.

Selain itu jelas beliau AIRGATE, di masa dalam isu krisis air di Selangor ini, rakyat akan menjadi mangsa, kerana krisis dijangka akan lebih teruk menjelang tahun 2014, tambahan pula Logi Langat 2 bakal dikuburkan kerajaan pakatan yang sombong dan angkuh ini.

"Begitu juga dengan TALAMGATE, pakatan telah gagal, dan kini wujud skandal RM1 bilion semata-mata untuk bailout kroni mereka. Begitu juga dengan PKNSGATE, pihak anak syarikat kerajaan negeri, PKNS telah gagal untuk menyediakan rumah murah untuk rakyat, manakala lima buah aset PKNS kini telah digadaikan.

YAYASANGATE pula jelas beliau di mana asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan akan dirobohkan manakala tanah 20 ekar di Klang milik Yayasan Selangor, dalam senyap-senyap telag dirampas oleh pihak kerajaan negeri.

"Dalil-dalil lain seperti PASIRGATE (skandal RM150 juta pasir Selangor, UNISELGATE (pakatan gagal mentadbir Universiti Selangor, sebaliknya dijadikan medan politik menyemai benih kebencian di kalangan pelajarnya), REPUBLIKGATE (Rancangan menjadikan Selangor negeri Republik), SAMPAHGATE (masalah sampah gagal diuruskan dengan baik, sehinggakan Ronnie Liu mengatakan bahawa rakyat punya masalah sampah), dan beberapa isu lain akan menjadi agenda utama dalam kempen 'Jom Tolak Pakatan' ini," ujarnya lagi. -MediaUMNO


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan