Rabu, 30 Januari 2013

Ajaib : Lambang Salib Kristian hilang dengan clorox

Gambar yang diedit semula, menjadi lain color tone nya



Perhatikan organ disudut kanan , pecacai Pas lupa nak padamkan


Harakah pun subahat 
Harakah kata kursus kahwin

Lihat dengan menggunakan teknik mencuci dengan clorox , lambang salib telah dihilangkan oleh blogger pecacai Nizar Jamaluddin.

Untuk maklumat umum , aktiviti ceramah umum oleh gereja di Ipoh ini memang kerap diadakan , boleh dikatakan setiap bulan.

Kumpulan sasaran ialah wanita melayu dan bukan melayu. Ceramah sebegini bukan untuk memkristiankan orang Melayu tetapi penerangan tentang kebaikan agama kristian dan mengapa umat akhir zaman perlu memilih agama kristian.

Seorang rakan pernah memaklumkan kepada TM bahawa tahun lepas ( 2012) dia  pernah diajak oleh rakan-rakan melayu yang lain untuk mendengar ceramah bulanan tersebut di Ipoh.

Oleh itu pendedahan gambar di atas adalah benar dan TM berharap Majlis Agama Islam Perak perlu merisik dan  mengesahkan perkara ini. Kita tahu Jabatan Agam Islam Perak mempunyai ramai penguat kuasa yang gagah dan bertubuh sasa. Pergi lah buat kerja siang atau malam. Kurangkan berpolitik dan pergi mendengar ceramah-ceramah Pas atau duduk di pejabat dan mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Youtube sambil membaca Harakah.

Jangan jadi seperti segelintir kaki tangan Jabatan Pendaftaran Negara yang sanggup menjual negara dengan menjual kad pengenalan kepada pendatang asing. Bila ramai orang asing dengan mudah mendapat kad pengenalan maka pembangkang akan menyalahkan Umno. Padahal yang buat dajal adalah ahli Pas dan Dap.
Ahli Pas Bukit Gantang ini yang lahir di India pun memiliki kad pengenalan biru.

Kes menjual kad pengenalan ini bukan saja berlaku di Sabah, di negeri-negeri lain pun banyak kes, sebab itu terdapat Pakistan jual karpet yang tiap-tiap dua tahun sekali balik Pakistan boleh mengaku dia warga negara Malaysia yang memiliki kad pengenalan biru. Salah siapa, salah Umno atau kaki tangan kerajaan yang belot?

Semalam akhbar melaporkan 10 ekor Gajah Pigmy di Sabah mati akibat keracunan pun Pas menyalahkan Umno juga. Kes pelajar di tampar di Mesir pun Pas menyalahkan Dr Zambry... Pas tak pernah salah walaupun perangai macam beruk dalam Bershit 3.0 tahun lalu.