Selasa, 29 Januari 2013

Akmal Kamarudin VS Datuk Fauzi Shaari

Tersengih Akmal Kamarudin Al menantuya. 
Nampaknya Almenantuya Akmal Kamarudin terlalu suka dengan pendedahan rumah agam milik Dato Fauzi di Shah Alam yang bernilai RM 3 juta.

Kerusi Parlimen Larut dari dahulu adalah diidamkan oleh Akmal. Ini kerana ayahnya  Kamarudin Awang Basir telah berkali-kali bertanding atas tikit Pas sejak 1986 lagi dan tak pernah menang.

Pada malam penyerahan borang keahlian Pas oleh Datuk Fauzi , Akmal telah menyindir beliau untuk melantik Fauzi sebagai Pengerusi Bersih 4.0.

Walaupun mereka berdua berasal dari Kampung Pantai Besar tetapi tidak mempunyai pertalian persaudaraan mahu pun setakat bau-bau bacang.

Kini Pas Perak meletakkan Akmal sebagai calon Adun Selama mengganti akan Dr Dhari. Ini pun menjadi isu sehinggakan sejumlah 1500 ahli Pas Selama mengugut untuk tidak turun mengundi jika Akmal menjadi calon Adun Selama.

Kini Akmal cuba mendesak dan menggunakan kuasa bapa mertuanya supaya nama Dato Fauzi digugurkan daripada menjadi calon MP Larut.