Selasa, 29 Januari 2013

Program Poja Roh Komunis Dialih Tempat



Program Poja roh komunis yang dijadualkan akan diadakan pada malam ini di tapak pasar malam Kamunting terpaksa diubah ke tempat lain iaitu markas Pas Kpg Bukit Jana.

Perubahan tempat ini berikutan 13 repot polis yang dibuat oleh NGO di IPD Taiping.

Difahamkan Ketua Polis Daerah telah memanggil YDP Pas Taiping dan AJK Kerabat berikutan 13 laporan tersebut.

Blog Pas bagaimana pun menyalahkan Umno Taiping kononnya menjadi penghalang kepada penganjuran program tersebut. Demi Allah TM menegaskan bahawa Umno Taiping tidak terlibat atau mendalangi bantahan tersebut.

Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana Pas dan Kerabat berani  menamakan dalam iklan mereka bahawa program tersebut akan dibuat di Tapak Pasar Malam?

Adakah mereka telah mendapat kelulusan daripada Polis dan Majlis Perbandaran Taiping ?

Jika telah diluluskan kenapa mereka akur dengan arahan OCPD supaya majlis tersebut dibuat ditempat lain. Jika dihalusi isu ini jelas menunjukkan Pas telah menipu pihak polis dan PBT sebelum ini, mungkin mereka meletakkan nama lain dalam permohonan mereka dan apabila diluluskan mereka menukar lokasi ke tapak pasar malam.

Pemimpin Pas sememang nya berani dalam mempertahankan hak mereka tetapi dalam kes ini nampak sangat mereka mengikut sahaja arahan dan tak berani melawan dan sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada OCPD kerana membenarkan majlis diteruskan ditempat lain.

Nampak sangat Pas dan Kerabat kaki kelentong.

Apa pun TM ingin mengucapkan terima kasih kepada NGO yang menyahut seruan TM agar membuat repot polis bagi membantah program tersebut.

YDP Pas pun nampaknya tersangat marah dan teramat kecewa dengan TM kerana menggagalkan perancangan mereka sampai nak ambil tindakan terhadap TM.

Wah! Dasyatnya sampai begitu sekali tindakan orang yang mengaku Islam? Nak tanya sikit, adakah Nabi Muhamad SAW marah kepada budak Yahudi yang membaling bahan-bahan kotoran kepada baginda?
Tiru lah dan contohi lah keperibadian junjungan nabi besar kita yang sentiasa bersabar menghadapi dugaan dan cabaran.

mengikut iklan yang disiarkan ramai tokoh-tokoh yang menjadi pojaan hati Pas akan turun untuk berceramah mereka ialah;

  1. Baharom Shah Indera
  2. Dr Zuhdi Marzuki
  3. KS Bawani 
  4. Dr Muhaimim Sulam
  5. Adam Adli
  6. Aminuddin Zulkaple
  7. Leftenan Kolenal (B) Nazari Mokhtar
Bawani dan Adam Adli merupakan aktivis Mahasewel yang pro zionis dan sosialis. Program malam ini adalah untuk memuja roh komunis supaya rakyat menerima semula ideologi yang diperjuangkan oleh Chin Peng.

Komunis mula bertapak di Malaysia sekitar tahun 1920an dan mereka telah menubuhkan MPAJ untuk membantu British menentang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu. Selepas Jepun dikalahkan MPAJ telah bertindak untuk mencetuskan perang saudara untuk menghalau Bristish dan Mereka Komunis mencetus huru hara dan membunuh orang-orang Melayu dan polis sesuka hati, kerajaan telah mengisytihar darurat bermula 6 Jun hingga 21 Julai 1948.

Komunis( MPAJ/ Bintang 3 ) yang pada awalnya dilatih oleh British dan dibekalkan sebanyak 3500 senjata ringan dan peluru tidak pernah bertindak menentang tentera Jepun sebaliknya mereka menyimpan semua senjata untuk tujuan lain. Setelah Jepun kalah Bintang Tiga telah muncul dan merampas senjata-senjata milik Jepun dan mula menentang British.

Sehingga kini difahamkan Bintang 3 masih lagi menyimpan senjata-senjata tersebut tetapi dimanakan mereka menyembunyikannya sehingga kehari ini masih menjadi tanda tanya. 

Perjuangan komunis tidak pernah tamat dan mereka hanya menandatangai perjanjian damai sahaja pada 2 Disember 1989 di Hotel Lee Garden Hatyai Thailand.

Dalam perjanjian tersebut mereka akan meletak dan menyerahkan senjata sepenuhnya serta menamatkan ancaman mereka kepada Tanah Melayu. Persoalannya berapa banyak senjata yang diserah?

Adam Adli dalam perhimpunan di Stadium Merdeka dengan bangganya memakai topi Bintang 3, dan malam ini beliau dijangka hadir bersama Bawani dari Parti Sosialis Rakyat untuk berceramah. 

Oleh itu Pas harus sedar bahawa mereka telah menjadi kuda tunggangan Dap kerana cuba menghidupkan semula roh parti komunis dikalangan penyokong Pas. 

Dap hari ini sudah masuk ke kampung-kampung dan membiayai aktiviti Pas, Tidak mustahil program malam ini juga adalah tajaan sekutu mereka. Oleh yang demikian Mat Sabu tidak disenaraikan dalam program malam ini untuk mengelakkan namanya beliau dikaitkan dengan Dap. 
YDP Pas Taiping dan Kerabat di IPD Taiping pagi tadi.
Kerabat merupakan pertubuhan bekas perajurit yang ditubuhkan di bawah sayap Pas sehingga hari ini masih belum berdaftar dan begitu berani mereka menjalankan program secara haram.

Sedarlah wahai bekas-bekas tentera , dahulu kamu berjuang menentang komunis tetapi hari ini kamu sendiri cuba mengangkat semula roh perjuangan komunis. Mat Indera hanyalah alat sahaja yang utama ialah perjuangan dan ideologi komunisme yang cuba dihidupkan oleh Dap melalui Pas.