Dalam Bicara Rakyat Jumaat lepas dua penonton iaitu dua gadis IPT kata isu amanat Hadi sudah reda kenapa harus dibangkit lagi?
TM berterima kasih kepada Ustaz Kamal Saidin yang setiap kali dalam ceramahnya mendedahkan punca perpecahan umat Islam di negara ini adalah berpunca dari amanat Hadi Awang. Cikgu Non ahli Pas tegar dari Memali yang juga penulis buku Air Mata Memali menceritakan penyelewengan Senator Hussin, penyelewengan Mat Sabu dan meyalahkan Hadi Awang kerana amanat beliaulah menyebabkan Ibrahim Libya bertindak untuk menyerang kerajaan yang kononnya zalim dan mati menentang kerajaan zalim akan mendapat gelaran assyahid, Hadi Awang mengarahkan kesemua mayat ditanam tanpa kafan dan tidak dimandikan.
Amanat Hadi memang memberikan impak yang cukup besar dan sampai kehari ini setiap patah, setiap kata dalam amanat Hadi masih menjadi amalan pengikut Pas.
Di Taiping dan kawasan sekitar banyak contoh amalan dari amanat Hadi dijadikan pegangan mereka. Antaranya ialah;
1. Tidak boleh makan sembelihan orang Umno, ia juga menyebabkan daging korban orang Umno haram dimakan oleh orang Pas.
2. Solat dimasjid yang dibina oleh kerajaan adalah haram kerana wang yang diperolehi oleh kerajaan adalah wang haram. Maka ramailah oleh Pas tidak bersolat di Masjid dan mereka mendirikan surau sendiri dan juga menjadikan markaz mereka sebagai surau. Tetapi tidak selepas tahun 2000 selepas Pas merampas banyak pentadbiran masjid dan surau. ( Dulu kata haram sekarang rampas pula masjid). Selain alasan wang haram, Pas tak akan solat jika imamnya ialah orang Umno. Di Perak juga banyak kes solat 2 imam dan cubaan merampas mic untuk menjadi imam, ini pernah dilakukan oleh Nizar jamaludin semasa kempen PRK 59 dahulu, dia tak mahu imam oleh orang Umno.
3. Salah seorang orang kuat Pas di Kpg Expo yang juga seorang Imam di Masjid Kpg Expo tak payah sebut namalah, nak kenal dia mudah sahaja, kalau dia pergi ceramah dia akan bawa kereta Toyota Vios, honda civic RM 120 atau Ford Fiesta edisi 2013, dia ni tak ziarah orang Umno yang meninggal walaupun duduk sebelah rumah walhal kaum keluarga sendiri.
4. Kes perceraian pun banyak berlaku disebabkan isteri tak mahu ikut suami jadi orang Pas. Kesian isteri dijatuhkan talak kerana enggan ikut suami jadi Pas.
Cukuplah tu, banyak lagi kalau nak tulis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.