Khamis, 10 Januari 2013
Bila Dap Laknat tawar RM 1000 untuk pisau
Blogger Pisau bolehlah diibaratkan sebagai seorang pejuang tanah air yang keras menentang pentadbiran zalim, kejam, pembohong melalui penulisannya.
Pisau tidak mengangkat senjata seperti pedang, busar dan senjata api, cukup dengan penulisannya sahaja.
Sepanjang 5 tahun berjuang, Pisau telah banyak kali menggemparkan negara pelbagai pendedahan mengenai pembohongan pentadbiran kerajaan negeri dengan bukti yang lengkap.
Antara pendedahannya yang top ialah pemberian bantuan wang kepada warga miskin yang mana punca atau sumber kewangan adalah daripada wang perjudian lumba kuda. Mendedahkan kenyataan Mat Sabu yang memuji komunis Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong Muar Johor.
Boleh dikatakan Pisau seorang pejuang yang berjaya mendedahkan panau, sengkela, pekong dan kayap musuh.
Soalnya, siapa individu bernama Pisau. Musuhnya telah menawarkan hadiah RM 1000 kepada siapa yang berjaya mendedahkan maklumat beliau.
Murahnya nilai Pisau, musuh sengaja meletakkan seribu ringgit hanyalah untuk menunjukkan betapa rendahnya nilai diri Pisau. Kenapa tidak meletakkan angka 1 juta ringgit?
Pisau sebenarnya ada di mana-mana, di dalam pejabat Ketua Menteri ada dia, di sekeliling Komtar ada dia, dalam setiap program Dap, Pas dan Pkr ada dia, Dia terlalu dekat dengan musuh-musuhnya. Malah mungkin bergesel bahu setiap hari.
Pisau melihat setiap langkah musuh, Pisau ada di mana-mana secara halimunan. Tak perlu buat tawaran seribu atau sejuta.
Akan tetapi pelik bin ajaib, kenapa sebuah kerajaan sanggup membuat tawaran sedemikian rupa. Kenapa tidak buat laporan polis dan arahkan mereka menangkap Pisau. Kenapa gangsters yang mengawal pergerakan taico-tai gagal mengesan Pisau.
Sebenarnya Taico-tai takut apa yang terjadi pada Anwar Ibrahim berlaku pada dirinya. Anwar dahulu semasa kes penyalahgunakan kuasa dahulu (1997) telah melakukan kesilapan besar apabila mengarahkan polis membuat siasatan salah laku seks terhadap satu pendedahan. Anwar mahukan individu yang memfitnah ditangkap.
Akan tetapi setelah siasatan dilakukan hasilnya ialah tuduhan itu mempunyai prima facie. Anwar mahukan siasatan dihentikan tetapi malangnya ia tidak menjadi.
Dek kerana Tan Seri Musa Hasan adik kepada Dato Fuad Hasan maka Anwar mahukan Fuad campur tangan agar siasatan dihentikan.
Apa kata Musa? " Jika abang ganggu saya abang akan ke dalam".
Inilah yang menakutkan Khalifah Umar al Pas. Penawaran ganjaran 1000 juga boleh juga disamakan dengan peristiwa zaman penjajah.
Dol Said, Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Janggut semuanya ada ganjaran oleh penjajah. Sekarang sejarah berulang lagi.
RM 1000 juga melambangkan betapa rendahnya diri orang kita di mata penjajah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.