Ahad, 20 Januari 2013

Kalimah Allah masih diputar belit oleh ulamak Pas di Taiping

Malam tadi di sebuah masjid pro Pas penceramahnya menempelak titah Sultan Selangor yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam bible di Selangor.

Kata ularmak Pas, dengan arahan berikut maka lagu-lagu kebangsaan negeri yang menggunakan kalimah Allah juga tak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Maknanya kalau lagu Perak yang mempunyai empat kali kalimah Allah orang bukan Islam tak boleh sebut dan perlu digantikan dengan Dewa, God dan sebagainya.

Begitulah perangai putar belit ularmak Pas yang memutar belit isu kalimah Allah dalam bible.

Ularmak sesat Pas sanggup menipu rakyat dengan mainan bahasa. Lain orang cakap, lain pulak kelentong mereka yang bergelar ustaz Pas.

Dan ustaz Pas ini menyamakan agama Kristian sama seperti ahli kitab yang halal dikahwini dan halal dimakan sembelihan mereka.

Alangkah bodohnya ustaz Pas ini, sekali lagi beliau mengelirukan jemaah masjid dengan menyamakan ahli kitab Injil dengan kristian hari ini.

Jelas menunjukkan ustaz ini tidak belajar habis tentang perbezaan kristian hari ( new testament) dengan ahli kitab zaman Nabi Isa.

Nampaknya ramai ustaz Pas yang masih senada dengan Mat Sabu, Khalid Samad dan Hadi Awang bersetuju dengan kalimah Allah digunakan dalam Bible.

Bagaimanapun kita berbangga dengan pendirian Dr Harun Din yang mempertahan kalimah Allah daripada digunakan oleh Kristian dalam bible.

Beliau mahukan sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah.


Baca laporan berikut,


SHAH ALAM 20 Jan. - Sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah perlu diperkenalkan dalam Sistem Perundangan samada Enakmen mahupun di peringkat Persekutuan.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga melanggar batasan Agama.

"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang.
 
"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka," tegasnya pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan kalimah Allah mengikut tafsiran Agama masing-masing adalah satu perbuatan syirik.

"Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.
 
"PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam mana-mana kitab bukan Islam. Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar," tegasnya.

Dr. Haron menambah, umat Islam mestilah bersatu dalam mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat berhubung isu ini bagi memelihara kekuatan iman dari menegakkan perbuatan menyekutukan Allah.
 
"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah.
 
"Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga,  nama Allah akan terpelihara. "Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.
 
"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak. Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa," jelasnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura PAS yang dilihat secara kesimpulannya tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan menerusi Kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Azmin menegaskan, Pakatan Rakyat akan berpegang teguh terhdap prinsip yang disampaikan menerusi pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.