Isnin, 28 Januari 2013

Lim Kit Siang cukup bijak dalam politik pembohong

Dap hanya pandai menuding jari kepada orang lain.
Amat sedih apabila kematian William Yau 6 tahun menjadi modal politik oleh abang besar Dap. Kenyataan beliau menyebabkan ramai rakyat Malaysia menghentam beliau.

Pun begitu beliau LKS tetap tersenyum kerana berjaya menutup kelemahan kerajaan Selangor dalam mengurus tadbir kerajaan tempatan.

Polis telah menemui petunjuk bahawa mangsa telah terjatuh kedalam longkang tidak bertutup kira-kira 200 meter dari tempat mangsa dijumpai.

Kesalahan yang sebenar ialah kesilapan  penjaga yang meninggalkan anak dalam kereta dengan harapan anak akan duduk diam dalam kereta, tetapi sifat seorang kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Perasaan ingin tahu, ingin meneroka benda baru atau anak OKU seperti autism, ADHD dan sebagainya menyumbang kepada punca kejadian.

Selain itu pihak berkuasa tempatan juga patut dipersalahkan kerana difahamkan longkang tidak bertutup. Jika merujuk kepada akta perancangan bandar dan desa 1976 kerajaan tempatan bertanggung jawab dalam membina bentung dan membaiki, mengubah, menutup atau membinasakan bentung-bentung dalam kawasan pentadbiran mereka.

Selangor diperintah oleh siapa? Sudah tentu oleh kerajaan Pakatan ( Dap, Pkr dan Pas). So segala kos dan sebab adalah tanggung jawab kerajaan yang memerintah iaitu parti tiga serangkai. Lim Kit Siang sebenarnya telah meludah ke langit dan jatuh atas muka sendiri.

Kes jenayah juga banyak berlaku di negeri Selangor, maka Dap, Pas dan Pkr perlu memikirkan bagaimana dan cara mengurangkan atau mencegah kejadian jenayah seperti memperbanyakkan CCTV, menerangkan kawasan dengan lampu limpah, mewujudkan kawalan rondaan sukarela dan sebagainya.

Ini tidak, Pas, Dap dan Pkr hanya tahu membela penjenayah, jika penjenayah ditangkap dan ditembak atau dibelasah oleh orang ramai, polis sahaja yang dipersalahkan. Salah kerajaan tempatan tak nampak.

Ini lah yang dikatakan dalam pepatah melayu moden, kutu disebarang laut nampak, bangkai babi depan hidung buat-buat tak nampak.

Cilakak punya Lim Kit Siang.