Selasa, 29 Januari 2013

Menjawab Fitnah Pas terhadap Umno Taiping

Bloggers Pas Taiping dan Bukit Gantang telah membuat fitnah mengenai bantahan Ngo terhadap isu Mat Indera dan lawatan Dr Zambry ke Taiping Sabtu lepas.

La ni hangpa tolong dengaq nooo!!!

13 laporan polis telah dibuat oleh beberapa NGO semalam di IPD Taiping bagi membantah majlis memperingati kematian Mat Indera yang dihukum gantung di penjara Taiping pada 30 Januari 1953.

Pas jangan lah dok megah dengan Mat Indera , ( sila baca kat sini)
Isu Repot 

Dalam laporan itu tidak melibatkan parti Umno atau mana-mana komponen Barisan Nasional.  Penjelasan ini adalah kerana ada pihak yang menyatakan ia adalah didalangi oleh Umno Taiping. Ini adalah satu fitnah yang sangat kotor dari pihak Pas.

Malah sewaktu program lawatan Dr Zambry, TM tidak pernah menceritakan hal repot ini kepada Dato Shalimin dan Dato Zahir atau mana-mana ahli komponen BN seperti Mic, Mca , PPP dan Gerakan yang ada ketika itu.

Orang yang bertanggung jawab membangkitkan bantahan ini ialah blogger Taipingmali setelah membaca berita  bahawa satu majlis akan dibuat oleh Pas di Kamunting berdasarkan laporan dalam Harakah online dan blog Cikgu Din Sisi bukit. Tindakan TM ialah menghubungi beberapa Ngo dan rakan-rakan agar membuat bantahan dengan membuat repot di balai polis. 
Cikgu Din Blogger Sisi Bukit.

Harap blogger Mat Zam Tok Lah dari Bukit Gantang jangan gatal mulut dok memfitnah Umno Taiping. Beberapa hari ini nampaknya blogger Mat Zam Tok Lah sakit hati dengan lawatan Dr Zambry dan dalam blognya pelbagai fitnah dilemparkan kepada Dr Zambry mengenai lawatan beliau.  
Jangan buat fitnah wahai cai Pas.

Fitnah lain yang mengaibkan ialah apabila menuduh Dr Zambry mengecewakan Penduduk Kampung Expo kerana membatalkan lawatan ke Masjid Kampung Expo untuk menyampaikan bantuan mangsa banjir.

Pusat Khidmat Dun Kamunting 
Sebenarnya penerima bantuan banjir telah dipindahkan ke pusat khidmat Adun Kamunting, seramai 32 orang terlibat termasuk dari Taman Kamunting Aman. 

Masjid Kg Expo tak ada buat apa-apa persediaan dan sambutan pun, habis solat zohor, masjid ditinggalkan kosong, malah pengerusi Masjid Kg Expo Penghulu Azam ada bersama-sama Dr Zambry di Masjid Jamek Kamunting dalam majlis penyerahan 3 buah Van Jenazah. Beliau juga menerima sumbangan kewangan daripada Dato Shalimin untuk Masjid Expo. 
Pengerusi Masjid Kg Expo menerima wang bantuan untuk masjid
Penghulu Azam juga berada di pusat khidmat Dun Kamunting menyaksikan majlis penyampaian sumbangan dan bantuan seperti bantuan beg sekolah, penyampaian geran hak milik tanah kepada pekedai-pekedai yang menetap di Lorong 1 hingga Lorong 4 pekan Kamunting Lama. 
Gembira menerima geran hak milik 
Malah Penghulu Azam juga di jemput untuk duduk berbincang dengan Dr Zambry secara tertutup dalam pejabat YB Zahir. Segala jadual dan program Sabtu lepas adalah disusun oleh Pejabat Daerah Taiping dan  janganlah pandai-pandai buat fitnah oooiii!!!!