Selasa, 29 Januari 2013

Pembangunan Kg Tersusun Ulu Tupai Taiping







Dalam Lawatan Turun Padang 'walkabout' Dr Zambry ke Taiping pada Sabtu lepas, salah satu acara yang dihadiri beliau ialah ke Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan SPNB di Kampung Ulu Tupai.

ICU di bawah Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan untuk pembangunan infrastruktur kawasan yang seluas 35 ekar itu dengan sistem perparitan, jalan raya dan lain-lain kemudahan untuk memulihkan kawasan setinggan menjadi sebuah kampung tersusun. Jumlah geran yang diluluskan oleh Perdana Menteri ialah RM 3 juta .

Sebuah rumah mesra rakyat yang berkeluasan 1000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur hanya berharga RM 65 ribu tetapi peserta hanya perlu membayar RM 40 ribu sahaja tanpa dikenakan sebarang cas atau faedah oleh bank, selebihnya adalah subsidi kerajaan.

Sebanyak 40 permohonan diterima oleh SPNB dan 9 permohonan ditolak dan hanya 31 permohonan diluluskan.

Jumlah rumah yang terdapat di Kg Ulu Tupai ialah 180 buah dan sebahagian dari mereka sudah pun membina rumah baru daripada batu batu setelah mendapat kelulusan dan hak milik tanah.

Lagi foto di facebook