Isnin, 14 Januari 2013

Najib berjaya tundukkan Anwar

Apabila Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan akta tahanan ISA (Internal Security Act) ramai orang marah.

Cuma puak-puak pembangkang sahaja yang seronok kononnya mereka sudah menang dalam penentang undang-undang ISA yang lapuk.

Memang pun lapuk sebab ia dibuat zaman darurat dahulu. Kerajaan melihat undang-undang tersebut ada kelemahannya. Apa tidaknya kerana peguam-peguam yang bijaksana dapat mencari rompong-rompong kelemahan akta tersebut dan mereka menang dalam mahkamah apabila menyaman kerajaan kerana menahan orang awam yang berhimpun awal atau demo jalanan.

Ramai juga tahan ISA yang dibebaskan kerana usaha peguam dengan istilah Habies Corpus.

Kini akta baru diperkenal kan dan diluluskan dalam sidang parlimen tahun 2012.

Justeru, pembangkang dan peguam masih kabur dengan akta baru dan mereka masih belum nampak ruang-ruang kelemahan akta tersebut.

Bila tiba masa untuk berdemo #KL112 Sabtu lepas jelas menunjukan mereka akur dengan akta yang baru.

Ini bermakna Najib berjaya mengalahkan Anwar yang mahukan satu rusuhan besar-besar seperti perhimpunan dataran Tahrir Mesir.

Singapore negara jiran kita di Selatan Tanah air masih lagi mengekal ISA dan kemungkinan juga akan turut sama mengikut jejak Malaysia, bila? Hanya masa akan menentukan

TM yakin Singapore akan mengikut jejak kita kerana pada 1 Januari 1982 negara republik itu turut mengikut jejak kita dalam mempercepat kan masa 30 minit lebih awal.

Dahulu, waktu di semenanjung 30 minit lewat berbanding dengan Sabah, Sarawak dan Brunei. Hanya Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur sahaja masih mengekalkan masa mereka 1jam lewat dari Malaysia sama seperti waktu Thailand.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.