Selasa, 22 Januari 2013

Nizar Tiada Kredibiliti Untuk Berdebat Dengan Saya: DS Zambry

Nizar Jamaluddin yang dihimpit isu tanah di Kelantan dan isu pampasan 'fitnah' RM 207 bilion oleh kerajaan Jepun semakin tak senang duduk. Oleh itu untuk mencari populariti, beliau terpaksa mengajak Dr Zambry berdebat.

Itu lah Nizar dan pemimpin-pemimpin Pas yang lain , sering mengajak pemimpin BN berdebat di pentas terbuka. Pada hal sebagai ahli parlimen dan adun Nizar mempunyai banyak peluang untuk berdebat didalam dewan rakyat dan dewan dun.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr Zambry sememangnya benar, Nizar tidak seorang yang bankrap minda apabila berada dalam dewan. Membisu bagaikan seekor beruang koala, tetapi diluar dewan terutama di pentas ceramah Pas beliau lah juara.

Kedudukan Nizar dalam Parti Pas Perak juga semakin terancam kerana ada pihak yang mahu mencantas beliau kerana Nizar telah membuka pekung Pas sewaktu beliau menjadi menteri besar Perak yang ke 10.

Kenyataan Nizar bahawa Pas tidak pernah merancang untuk menubuhkan negara Islam benar-benar telah memalukan pucuk pimpinan Pas. Selama ini Pas telah menipu rakyat kononnya mereka akan membentuk sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang hudud.

Rumusannya ialah Nizar seorang yang pengecut dalam dewan dan sudah hilang integriti dan kredibiliti dalam Pas.


2 ulasan:

  1. Nizar mana ada kelas nak debat, meroyan bolehla.......kita bungkuskan dia di pru13 nanti. Silap2 pas pun tak letak dia jadi calon. Tak pe dap akan beri dia kerusi......

    BalasPadam
  2. alaa....zambry yg pengecut...

    BalasPadam