Khamis, 17 Januari 2013

Pembangkang cuba memburukkan PDRM

Logo Community Policing


Hari ini TM dimaklumkan tentang usaha terbaru pembangkang untuk memburukkan nama baik PDRM.

Seorang wakil rakyat pembangkang telah dikenali pasti sedang mengumpul tanda tangan dari orang ramai di taman-taman perumahan, pasar malam, tempat-tempat awam.

Alasan mereka ialah Polis gagal mengekang jenayah terutama di Daerah Taiping.

Padahal kadar jenayah di Taiping telah mencatatkan penurunan besar pada tahun 2012 berbanding 2011.

Kejayaan PDRM mengurang kan kes jenayah adalah hasil kerjasama baik dengan komuniti penduduk melalui NGO dan lain-lain pasukan sukarelawan yang ditubuhkan oleh kerajaan seperti SRS, RELA, JPAM dan lain-lain.

Polis juga telah mengenal pasti lima cap jari penjenayah yang berasal dari Johor dan Selangor dan menjadi buruan polis hari ini.

Bagaimana pun kes jenayah meningkat pada Januari dengan mencatat 35 kes yang melibatkan samun dan curi motosikal.

Terakhir kes samun pada 11 Januari lalu pada jam 6.00 pagi di mana seorang peniaga mee telah disamun dan beliau kerugian RM 100 ringgit dan telefon bimbit. Penjenayah berjaya ditangkap. 2 bilah pisau, 2 bilah parang, telefon bimbit dan dua motosikal telah dirampas.

Oleh itu satu usaha pencegahan hendaklah digembleng secara bersama antara polis dan masyarakat, ini kerana jenayah adalah gejala sosial dan perlu ditangani bersama.

Satu pesanan ialah jika penjenayah ditangkap oleh orang awam, janganlah menggunakan kekerasan yang berlebihan, mangsa perlu diserahkan kepada polis untuk tangkapan semula. Jika penjenayah memasuki sesebuah bangunan, serahkan tanggung jawab kepada polis untuk mengelakkan orang awam dituduh menceroboh.

Polis Taiping dan NGO akan melaksana skim community policing dan NGO yang ingin membantu polis dipersilakan untuk tampil dan kursus akan dibuat untuk memahami SOP semasa berkawal atau bertugas.

Oleh yang demikian tohmahan pembangkang terhadap polis adalah satu penghinaan atau sengaja meracun rakyat agar membenci Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Pembangkang hanya tahu mencari salah orang tetapi mereka gagal memberi satu alternative untuk menambah baik perkhidmatan polis.

Oleh yang demikian satu laporan polis akan dibuat terhadap ahli politik yang sengaja cuba menjatuhkan imej polis yang mendapat pengiktirafan Di Raja.

Taklimat keselamatan telah disampaikan oleh ACP Yusof Mohd Diah Ketua Polis Daerah Taiping. Majlis turut dihadiri oleh YB Dato Tan Lian Hoe, Exco Kerajaan Negeri YB Dato Mohamad Zahir, pemimpin-pemimpin masyarakat, NGO dan badan-badan sukarela dibawah kerajaan.