Published on Jan 6, 2013
Penyokong-penyokong PAS sememangnya mahu Haji Hadi Awang menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.
Mereka ingin Haji Hadi Awang dari parti PAS menggalas jawatan tersebut berbanding dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memegang jawatan tersebut sebagai Perdana Menteri ke-7.
Terbukti bahawa pihak-pihak penyokong dan ahli-ahli bawahan Pakatan Rakyat khususnya dari Parti PAS memilih Haji Hadi Awang sedangkan Ketua Pembangkang itu sendiri melantik dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang akan datang tanpa persetujuan majoriti dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.
Dari perspektif ini, dapat dilihat terdapat ada pelingkahan dalaman antara 3 parti (PAS, DAP, PKR) berkenaan tentang "Siapakah Yang Layak Menjadi Perdana Menteri Yang Akan Datang Sekiranya Memenangi PRU 13??"
Oleh yang demikian sia-sia sahajalah Anwar hadir diceramah-ceramah Pas kerana pengikut Pas tidak mahu kamu....