Khamis, 14 Februari 2013

131/02/13-Penyokong BN cedera di kepala pada majlis ceramah Ummi Hafilda

Demo untuk menyerang penunggang motosikal pihak lawan

IPOH: Dua penyokong Barisan Nasional (BN) cedera di kepala, dipercayai dipukul sekumpulan pasukan pengawal sebuah parti pembangkang di Pengkalan Pegoh, dekat sini, malam semalam.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa mengadakan konvoi membabitkan lebih 50 motosikal sempena kehadiran Ummi Hafilda Ali yang mengadakan ceramah di Padang Bola Pengkalan Pegoh.

Pada masa sama, pembangkang mengadakan program ceramah yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kira-kira satu kilometer dari situ.


Exco Kanan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata kejadian berlaku ketika kumpulan penyokong pemuda BN yang berkonvoi motosikal itu melalui laluan utama berdekatan kawasan ceramah diadakan parti pembangkang sebelum diserang menggunakan topi keledar kira-kira jam 10 malam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat berkata, Kumpulan Unit Amal PAS yang menjaga trafik di tepi jalan didakwa bertindak menahan dua motosikal dan memukul dua dari penyokong BN itu sehingga cedera di bahagian belakang kepala.

5 ulasan:

  1. Salam Tuan Admin,

    Mohon pautkan blog saya di sini. Link blog saya : ibm-akusayangumno.blogspot.com. Blog tuan telah saya linkkan di blog saya. T.kasih. Selamat berjuang. Ikhlas dari saya ~ IBM

    BalasPadam
  2. pemuda tu marah sbb melayu lepaskan umi kat bangla.....

    BalasPadam
  3. tunjuk le gambor sikit

    BalasPadam
  4. kalau stakat bercerita tanpa gambar...baik x payah la....

    BalasPadam
  5. klentong jer lebih TM ni...

    BalasPadam