Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan hari ini memfailkan saman malu RM25 juta terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana memfitnahnya melalui penerbitan dan pengeluaran perkataan yang mengatakan terdapat VCD salah laku seks membabitkan beliau. Lima ADUN berkenaan adalah
- V.Sivakumar (Tronoh),
- A.Subramaniam (Buntong),
- Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan),
- Nga Kor Ming (Pantai Remis) dan
- Lim Pek Har (Menglembu).
Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada jam 12 tengah hari oleh peguam yang mewakili Ganesan, Azad Bashir.