Jumaat, 1 Februari 2013
002/02/13- Anwar Al-Jub yang bijaksana bijaksini
1998 dunia menyaksikan satu sejarah besar tanah air, iaitu peristiwa pemecatan Anwar dari kabinet dan Umno.
Anwar yang dibenci oleh Pas, Dap dan bekas-bekas ahli Semangat 46, tiba-tiba berubah menyokong Anwar.
Anwar pula daripada seorang yang lemah lembut dan berhemah dalam segala perlakuannya tiba-tiba bingkas menjadi seperti seekor singa.
Mahathir yang dipuja-puja dan penuh puji-pujian dalam ucapan penutup perhimpunan Umno 1997 tiba-tiba mencaci maki Tun Mahathir seolah-olah musuhnya sejak lahir.
Segala pekung Anwar terserlah dalam sekelip mata, cacian dan penghinaannya kepada Umno dan Mahathir cukup menggerunkan seolah-olah dia tidak pernah menjadi ahli Umno.
Mahathir tiba-tiba dituduh perasuah, kroni dan segala macam cemuhan dalam sidang media dan dalam perhimpunan di masjid negara.
Anwar bagaikan manusia yang terkena sawan babi. Malah dalam hujah pembelaannya di malam tersebut di PWTC, hujah dan bahasa yang digunakan terlalu kesat dan lucah.
Akhirnya Anwar dan pemuda-pemuda Abim, IKD memulakan gerakan demonstrasi jalanan dengan akronim REFORMASI.
Setiap peserta diberikan kain lilitan kepala dan apabila di kembalikan mereka dibayar upah yang cukup lumayan.
Akhirnya tertubuh lah parti keadilan dan hari ini setelah bergabung dengan parti kepala lembu nama bertukar menjadi Pkr.
Begitulah serba sedikit senario kejadian pada 1998 untuk pengetahuan generasi muda yang baru setahun jagung seperti Adam Adli, Faizal Zainal amk Bukit Gantang dll.
Hari ini negara menyaksikan lagi pemecatan dari pihak parti aslam se-malaya pula (Pas).
Dato Dr Hasan Ali (musuh utama Anwar dlm tahun 90an) dan terkini Ustaz Nasarudin Isa dipecat dari majlis syura dan dihukum oleh Nik Aziz bahawa Nasa digugurkan daripada menjadi calon. Sebelum ini Nasa dibuang dalam muktamar, kini Nasa adalah ahli biasa yang dihina oleh pemimpin Anwarisnas dan pecacai dan blogger Pas seperti Manjungmari, Madzam Tok Lah dan ramai lagi pecacai angkat najis Anwar dan Nik Aziz.
Namun pemecatan dua tokoh tanpa diberi peluang untuk membela diri seperti Anwar. Mereka masih cool, tenang dan tidak membuat kacau bilau sepertimana yang terjadi kepada Anwar.
Bersyukur kita kerana negara masih aman walaupun berlaku pemecatan dua tokoh tersebut, tiada sebarang protes dan rusuhan.
Begitulah bijaknya Anwar kerana berjaya mengawal pemikiran otak-otak hampas orang bulan.
Apa salahnya Anwar melakukan perkara yang sama seperti dahulu, mengajak rakyat keluar ke jalan raya untuk membela dan mempertahan Hasan Ali dan Nasa.
Ini menunjukkan bahawa Anwar adalah dalang dalam pemecatan dua tokoh terbilang dalam Pas dan menunjukkan juga bahawa demo bershit 1.0 , 2.0, 3.0 dan perhimpunan Shamsidar adalah dicetuskan oleh Anwar. Pas hanya bertindak sebagai Pak Turut sahaja.
Apa kata Anwar, Pas akan lakukan, apa kata Anwar Dap akan lakukan.
Hebat kan Anwar?
Sekarang jelas betapa bodoh dan tidak islamiknya Pas akibat pemikiran mereka dikuasai oleh Anwar Yahudi, kawarj dan Syiah.
Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.