Jumaat, 1 Februari 2013

001/02/13-Tahniah! Proton ke arah 5 star safety rating

Kereta Proton mendapat reputasi yang kurang memuaskan di kalangan pengguna domestik dan juga di luar negara. Berikut adalah safety rating yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi yang membuat ujian ke atas kereta jenama Proton dan pesaing.


  1. Proton Gen 2 =1 bintang
  2. Proton Saga ( baru) = 3 bintang
  3. Proton Exora = 4 bintang
  4. Proton Jumback atau Arena = 1 bintang
  5. Proton Prevee = 3.5 bintang
  6. Proton Savvy = 3 bintang
  7. Proton Inspira = 5 bintang ( terbaik)
Perodua
  1. Myvy terbaru = 4 bintang
  2. Alza = 3.5 bintang
  3. Viva = 4 bintang

Honda 
  1. Honda CRV =5 bintang
  2. Honda Insight = 6 bintang
  3. Honda Civic =5 bintang
  4. Honda Accord = 5 bintang
Hyundai/ Kia

  1. Hyundai Sonata = 5 bintang
  2. Hyundai Accent = 4 bintang
  3. Kia Forte = 4 bintang
  4. Kia Rio= 5 bintang
  5. Ford Fiesta = 4 bintang
The worst rating ialah keluaran Toyota Camry dan Prius.

TM merupakan pengguna kancil generasi pertama, satria dan terakhir exora. antara 3 model tersebut exora lah yang banyak masalah terutama bahagian getah dan plastik bahagian luar kereta yang cepat rosak, bagaimapun kos mengganti baru amat murah cuma masalahnya ialah ia mengambil masa yang lama untuk stok sampai ke bengkel atau pusat servis.

Exora bagaimana pun bertahan 2 tahun 4 bulan sahaja kerana terlibat dalam kemalangan. Yang fobia ialah bila enjin bergerak ke belakang dan bahagian remuk/ renyuk  hadapan tidak berfungsi dengan baik.

Proton harus berusaha ke arah 5 bintang untuk kekal bersaing jika tidak pembeli tempatan akan beralih kepada kenderaan luar CKD/CBU yang mempunyai rating keselamatan yang tinggi. Penduduk Malaysia kini ke arah penduduk berpendapatan tinggi dan keupayaan membeli kenderaan yang berkualiti adalah tinggi.

Dengan perkembangan internet hari ini pembeli mudah untuk menilai sesebuah kenderaan baru tidak seperti tahun-tahun 80an dan awal 90an yang hanya bergantung kepada pembacaan majalah dan akhbar .