Jumaat, 15 Februari 2013

Harakah buta dan pekak

KUBUR PUN MAT SABU NAK BOHONG


Harakah dan laman-laman media pembangkang selalunya amat sensitif dalam sebarang isu.

Andai kata najis burung walit jatuh atas songkok pemimpin Umno, ia akan menjadi berita utama. Anak pemimpin Umno berkaraoke bersama bapa saudaranya pun boleh jadi isu negara sehingga kalah bertanding.

Kisah benar mengenai kesahihan kubur Mat Indera telah pun didedahkan kepada rakyat Malaysia Isnin dan Selasa lalu.

Amat mustahil berita tersebut tidak sampai ke telinga editor Harakah. Mustahil tidak sampai ke telinga Mat Sabu dan Akmal Kamarudin serta pemimpin Pas kawasan Batu Wilayah Persekutuan.

Kalau isu Shahrizat selingsing lengan baju pun harakah tahu, amat mustahil berita kubur Mat Indera tak sampai kepada pemimpin besar Pas.

Okaylah kepada ahli-ahli Pas yang membaca tulisan ini tolong lah sampaikan kepada mereka.

Kami orang-orang di Taiping ingin mendengar komen dan ulasan daripada Mat Sabu dan lain-lain pembesar Pas mengenai penafian 5 beradik keluarga penggali kubur yang telah menunjukkan kepada umum kubur Mat Indera yang sebenarnya Isnin lepas.

Pas Pusat perlu menyiasat pendedahan kubur palsu yang didakwa milik Mat Indera oleh Mat Sabu.

Jika benar Mat Sabu dan Akmal Kamarudin telah menipu seluruh ahli dan penyokong Pas, maka wajarlah mereka berdua dihukum oleh Pas.

Apakah Pas ingin menyimpan seorang yang penipu?

Apa akan terjadi jika mereka dipilih untuk bertanding dalam Pru 13 nanti, alamatnya 5 tahun pengundi akan ditipu oleh mereka.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.