kubur palsu |
kubur asal Mat Indera |
Pendedahan kubur Mat Indera yang sebenar telah pun dibuat pada 11 Februari lalu melalui laman-laman blog dan media tv perdana seperti TV3, RTM dan Astro.
Malah beberapa hari selepas pendedahan dibuat, papan tanda pada kubur palsu Mat Indera pun telah dibuang, kemungkinan oleh Pas.
Tanah perkuburan Taiping juga menjadi popular kerana ramai yang melawat untuk melihat sendiri kubur asal Mat Indera yang berupa jirat cina.
Pun begitu , TM krew melihat Harakah (lidah rasmi Pas) Mat Sabu dan Akmal Kamarudin terus membisu dalam isu ini. Ustaz Akmal Kamarudin yang berjawatan Ketua Penerangan Pemuda Pas Perak adalah orang yang bertanggung jawab untuk menjawab isu kubur palsu Mat Indera.
Beliau boleh buat sidang media dan menjemput Harakah, Sinar Harian, Media Pas, bloggers Pas untuk menafikan dakwaan TM krew bahawa segala pendedahan oleh TM, RTM, TV3 dan Astro adalah palsu.
TM dan the krew telah memberi tempoh 14 hari kepada Ustaz Akmal Kamaruddin untuk menjawab isu ini tetapi sampai sekarang beliau gagal berbuat demikian.
Amat memalukan sebagai Ketua Penerangan beliau wajib tampil dan memberi penjelasan.