Rabu, 27 Februari 2013

Pas Taiping mula kempen rumah ke rumah





Petang semalam laluan ke rumah TM dihiasi dengan 3 batang bendera bulan purnama, dalam peti surat juga terdapat satu nota kecil menjemput muslimat ke satu majlis bacaan Yassin, tahlil dan tazkirah dan majlis bermula jam 8.00 malam.

Majlis tersebut akan dibuat disebuah rumah jiran selang 2 buah dari rumah TM. Siap pasang khemah. Dengan terpacaknya 3 buah Pas ia mengesahkan bahawa majlis tersebut adalah majlis politik yang menggunakan nama majlis tahlil dan tak perlu memohon permit daripada pihak polis.

Apapun TM tidak berada di rumah malam tadi kerana ada tugas-tugas lain. sekembalinya TM ke rumah hampir-hampir jarum jam berkumpul pada angka 12, setelah keluar dan menutup pintu pagar terdengar suara seorang penceramah perempuan sedang memberi tazkirahnya., suaranya jelas dan terang, ia melambangkang bahawa penganjur telah menggunakan pembesar suara kelas ‘A.’

Ternyata bahawa program malam tadi adalah program ceramah politik khusus untuk muslimat penduduk Kampung Expo. Jalan masuk ke rumah TM menjadi sesak, beratus-ratus kereta dipakir di kiri kanan jalan. ribuan motosikal memenuhi segenap tanah-tanah kosong di sekitar kawasan. Kata juruacara makanan banyak yang lebih sapa nak makan atau bawa pulang sila ambil sendiri. Hebat sampai berlebih-lebih makanan. bayangkan betapa ramainya muslimat yang hadir.

Kata Pentazkirah wanita tersebut ” PRU kali ini amat mencabar, kita kena pastikan PAS menang besar, jika kita kalah ia petanda buruk buat kita”

Menurut jiran, “Penceramah politik malam tadi ialah pegawai agama negeri Perak Ustaz Manolito. YDP Pas Taiping dan seorang wanita yang tidak dikenali. Katanya ceramah politik isinya mudah sahaja, menyokong perjuangan Anwar dan Dap dan memaki hamun Barisan Nasional sebagai kerajaan zalim. Standard lah tu”

Tanya TM lagi, “Ustaz Siam Osman Noh ada? Jiran terkejut bila disebut Osman Noh Ustaz Siam. katanya tak ada nama tersebut.

Osman Noh ini seorang imam di masjid Kampung Expo, bekas pegawai tak bertauliah Kagat dan beliau berasal dari Satun Thailand, beliau mempunyai kad pengenalan Malaysia dan berkhidmat dengan kerajaan.

Beliau pernah berjanji apabila bersara, beliau akan balik ke negara asal untuk menjaga emaknya yang sudah pun uzur tetapi dek kerana rezeki yang melimpah ruah di bumi Malaysia beliau memungkiri janji dan kini ibunya ditinggalkan begitu sahaja kepada adik beradiknya. Kalau bab berceramah dalam masjid dia memang handal tetapi kalau dipentas politik dia memang menyorok di belakang dan enggan dikenali.

Sama macam program berkhatan beramai-ramai anjuran Dap di masjid Kg Expo, beliau juga menjadi peneraju utama tetapi bila bab bergambar dia orang yang pertama cabut lari.

Dalam Pru 12 lalu nama dia tak ada dalam senarai daftar pemilih, tahun ini tak semak lagi. Mungkin beliau tak berani mendaftar sebagai pengundi kerana takut identiti dia terdedah. mungkin juga beliau membeli kad pengenalan secara tidak betul.

Ustaz ni kalau nak kenal dia cukup mudah, bila jadi Imam bacaan nya bunyi macam lagu hindustan atau bangla..

Apa yang berlaku malam tadi adalah satu percubaan nakal oleh Pas untuk mengelirukan penduduk dan melakukan ceramah politik tanpa memohon permit daripada pihak polis.

Caranya mudah iaitu menjemput orang ramai hadir ke majlis bacaan Yassin dan tahlil, selesai majlis formal, masuk pula agenda utama mereka iaitu ceramah politik.

Difahamkan agenda seperti ini telah dipelupuri oleh Ustaz Manolito semenjak beliau menetap di Kampung Expo, beliau telah lama memulakan program tahlil dan yassin dari rumah ke rumah tetapi tidak menggunakan pembesar suara.

Cubaan mereka kali ini berjaya kerana agenda mereka tidak diketahui oleh pihak polis, mereka tak perlu risau dengan kedatangan pegawai polis untuk memantau keadaan. Ceramah malam tadi begitu kuat dan boleh didengar dengan jelas oleh penduduk Taman Kamunting Jaya yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari tempat ceramah.

Ustaz Fakarudin YDP Pas Taiping yang bakal bertanding DUN Kamunting dan ditaja oleh Nga Kor Ming sebanyak RM 10 ribu ringgit sepatutnya jujur dalam hal ini. Beliau kena jujur dengan pengundi, kalau nak buat majlis tahlil dan bacaan yasin janganlah dicampur aduk dengan majlis politik dan menurut sumber majlis malam tadi penuh dengan cemuhan,cacian, fitnah dan lain-lain yang sukar digambarkan melalui tulisan.

Rakyat harus bijak menilai keikhlasan YDP Pas Taiping yang awal-awal cuba menipu pengundi, PBT dan PDRM. Ini bukan kali pertama beliau cuba menipu, sebelum ini dalam satu majlis memperingati 6o tahun kematian Mat Indera, YDP Pas juga telah menipu pihak PBT dan PDRM.

Mereka memohon permit untuk mengadakan majlis di Kampung Baru Kamunting yang dipercayai akan dibuat dirumah arwah OCPD Slim River yang menyertai Pas tetapi pada banner, flyers dan papan iklan menyatakan majlis akan dibuat di tapak pasar malam Kamunting.

Apabila 13 NGO membantah program tersebut maka terbongkar lah cerita Pas Taiping telah menipu dalam permohonan permit. Bila dipanggil mengadap OCPD pada hari berikutnya, YDP Pas berpura-pura tidak tahu menahu program memperingati Mat Indera, pada hal nama dan gambarnya terpampang dalam kain rentang.

Belum jadi wakil rakyat sudah menipu sana ini.

YDP Pas pernah berkata dalam ceramah bahawa Pas mungkin sukar menang dengan BN tetapi akan terus menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional yang zalim.

Nak tanya sikit lah kepada Pakarudin. ” Awak adalah Imam no 3 di Masjid Maimon Kampung Jana dan Pengerusi Masjid adalah Dato Abdul Khalid bekas wakil rakyat dan bapa kepada YB Dato Zahir, sekiranya kerajaan zalim sudah lama jawatan Imam akan digugurkan dan digantikan dengan orang lain.

Lagi, Ustaz Pakarudin ini dahulu bekerja makan gaji dengan kerajaan dan aktif berpolitik dan buat busines insurance, pun kerajaan tak buang beliau dan bekerja sehinggalah beliau meletakkan jawatan pada awal tahun lalu.

Untuk maklumat umum YDP Pas Taiping kini menjalankan perniagaan Insurance awam untuk kenderaan dan harta. beliau mempunyai MOU dengan MyEG Servis berhad. Jika kerajaan zalim sudah tentu beliau akan ditolak oleh syarikat tersebut.

Sudah lah wahai ustaz, jangan lah menjadi munafik….bertaubat dan bercakap benar lah,,,kalau nak berpolitik buat lah dengan betul dan jujur serta berintegriti.