Isnin, 4 Februari 2013

034/02/13- LGE cuba sabotaj sambutan CNY 11 Feb di Penang

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng menyarankan pengunjung yang ingin hadir ke Majlis Rumah Terbuka Barisan Nasional yang akan diadakan pada 11 Februari dengan berbaju merah, kuning dan hijau yang mewakili kumpulan "We are for Penang", "Bersih" dan "Hijau".

Kenyataan Guan Eng dibuat semasa sidang akhbar selepas melancarkan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) di Kompleks Pasar Awam MPPP Balik Pulau. Majlis Rumah Terbuka yang akan dianjurkan oleh BN pada 11 Februari ini akan menampilkan penyanyi sensasi dari Korea, Psy yang popular dengan lagu "Gangnam Style" dan dijangka menarik lebih dari 60,000 pengunjung.

Saranan Guan Eng ini walau bagaimanapun dikhuatiri akan mencetuskan provokasi. Program yang dijangka turut menghimpunkan sebilangan besar penyokong Barisan Nasional ini pasti mengundang suasana yang tegang sekiranya kumpulan-kumpulan berbaju merah, kuning dan hijau ini datang secara beramai-ramai.

Tindakan ini tidak mencerminkan budaya hormat menghormati di kalangan masyarakat Malaysia apatah lagi majlis diadakan dengan tujuan untuk menyatu padukan rakyat dalam suasana yang ceria.

Sebagai seorang pemimpin, Guan Eng seharusnya sedar saranan beliau itu seolah-olah mengajar penyokong-penyokong untuk bertindak 'kurang ajar' dalam majlis yang akan turut dihadiri Perdana Menteri.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin Pakatan mempersoalkan mengenai sejumlah kos yang besar diperuntukkan oleh BN untuk membawa penyanyi sensasi dari Korea itu ke Majlis Rumah Terbuka. Walau bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang memberitahu penampilan Psy ditaja oleh syarikat persendirian.

Beliau juga berkata lain-lain persediaan dan makanan juga ditaja oleh beberapa syarikat tempatan. Majlis yang akan diadakan di Sekolah Tinggi Han Chiang itu turut menampilkan penyanyi Shila Amzah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.