16 tahun Tun Mahathir ditipu oleh Anwar |
Anwar membuat majlis meraikan perwakilan yang telah mengangkat beliau menjadi Timbalan Presiden Umno dengan menewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Taipingmai dan tetamu mula memenuhi rumah banglo seawal Anwar seawal jam 7 petang lagi, selepas magrib hujan lebat mula turun mencurah-curah seluruh Bukit Damansara.
Keadaan cuaca semakin buruk, angin ribut dan kilat sabung menyabung di langit, makanan yang disediakan dalam di khemah-khemah habis bercampur dengan air hujan.
Tetamu mula melarikan diri termasuk taipingmali. Lebih kurang jam 8 lebih Tun Mahathir sampai di perkarangan rumah Anwar dan dengan pantas Azmin Ali menyambut Tun Mahathir dan sambil memayungi Tun Mahathir. Anwar keluar dan menyambut Tun.
Sebaik sahaja kedua-dua pemimpin Umno itu bersalam, satu kilat yang amat kuat bergegar di langit dan menyebabkan seluruh Bukit Damansara bergelap. Anwar terus memegang payung dan membawa Tun Mahathir masuk ke dalam rumah.
Dalam khemah-khemah lilin dinyalakan untuk menerangi suasana gelap. Taipingmali berkata kepada rakan yang sama-sama datang dalam sebuah kereta " Tengok, apa petanda yang ditunjukkan oleh Allah pada malam tu", Apa kah ini petanda satu perkara buruk akan berlaku dalam Umno.
Pada ketika itu kumpulan yang kalah seperti Tun Sanusi, Tun Ghafar dan ramai lagi berada di satu lokasi lain meratapi kekalahan mereka. Cuma Taipingmali agak tergamam apabila dalam ucapan penutup Tun Sanusi telah membawa beberapa helai note Rm 1, Rm 10, Rm 50, Rm 100, Rm 500 dan Rm 1000 sambil menyindir Anwar yang menggunakan wang dan merasuah perwakilan untuk menjadi Timbalan Presiden Umno. Ucapan Tun Sanusi boleh didapati dalam buku karangan beliau.
Sumpahan petir pada malam tersebut diikuti pula beberapa tahun kemudian dengan terjadinya fenomena asap keluar dari bumi dan satu lagi petanda bahawa negara akan dilanda masalah besar.
Tak sampai sepenggal menjadi Timbalan Presiden Umno, krisis Anwar dan Mahathir mula memuncak. Anwar mula mengatur strategi untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Taipingmai terlibat dalam rancangan-rancangan mengangkat Anwar untuk menguasai seluruh kepimpinan Umno semua peringkat.
Anwar juga menggunakan Pusat Islam, Abim dan tenaga-tenaga pengajar dari UIA untuk merealisasikan hasrat beliau.
Allah maha kaya , dajal bernama Anwar tidak mendapat restu, satu persatu tembelangnya pecah. akhirnya Tun Mahathir tidak dapat menahan sabar dan dajal dipecat.
LKY pernah membisikan sesuatu ke telinga Tun Mahathir mengenai tingkah laku Anwar dan menyebabkan Tun merah padam mukanya menahan marah dan malu. Sampai ke hari ini Anwar masih berdendam dengan LKY sehinggakan sewaktu isteri LKY meninggal dunia Anwar enggan menziarahinya. Hanya Nik Aziz yang tak tahu apa-apa cerita telah hadir untuk majlis pengebumian isteri LKY.
Dajal yang bernama Anwar hampir membuatkan Malaysia hampir jatuh muflis dan pada masa yang sama Anwar telah menyorok berbilion wang kertas RM 500 dan Rm 1000 diluar negara.
Akhir nya Anwar sekali lagi kecewa kerana Tun Mahathir enggan menerima wang IMF dan Tun menambat nilai ringgit kepada RM 3.80 kepada 1 USD dan Tun menghapuskan wang kertas bernilai 500 dan 1000 di pasaran.
Itu lah serba sedikit kisah lama krisis Anwar Mahathir yang berlaku antara tahun 1994 hingga 1998 yang masih terpahat dalam ingatan taipingmali.
Anwar hari ini menceritakan kepada anak-anak muda bahawa beliau adalah menteri kewangan yang terbaik di dunia dan pemecatan beliau adalah kerana keengganan beliau meluluskan pinjaman sebanyak RM 2 billion kepada anak Mahathir yang menghadapi krisis kewangan dalam perkapalan.
Yang peliknya ramai anak-anak muda percaya dengan kelentong beliau.
Hari ini satu lagi bala yang ditunjukkan di Selangor, sebuah jambatan milik PKNS telah runtuh dalam pembinaan, dek kerana malu, Harakah meletakkan gambar kartun ultraman bergaduh di atas jambatan menyebabkan berlakunya runtuhan tersebut.
Petunjuk yang sebenar ialah tanda pembangkang akan gagal menawan Putrajaya..