Sabtu, 23 Februari 2013

Pas Bukit Gantang Semakin Sakit Perut dan Sakit Hati


hanya 25 langkah dari pickup Nizar

Kedai gunting tempat Idris Ahmad bertazkirah

view dari kedai makan Pak Pin


Semakin hampir dengan pilihan raya, semakin sakit kepala otak orang Pas Bukit Gantang. Oleh kerana kesakitan mental yang membawa kepada sifat dengki khianat menyebabkan Pas Bukit Gantang mula mempertingkatkan fitnah, mengadu domba, membuat cerita-cerita palsu yang berunsur negatif bagi menjatuhkan imej dan maruah BN Bukit Gantang.

Pagi ini TM akan menceritakan satu kisah yang berlaku di Taman Berkat beberapa minggu lalu. Kelmarin TM sempat bertanya kepada pihak pemilik kedai makan iaitu En Arifffin atau lebih dikenali sebagai Pak Pin.

Kisah berlaku pada satu petang lebih kurang jam 5.00 petang, sebuah pickup Tata milik YB MP Pas Bukit Gantang Nizar Jamaludin, telah singgah di sebuah kedai gunting milik penyokong Pas yang letaknya hanyalah kira-kira 25 langkah antara dua premis ( kedai gunting dan kedai Pak Pin).

Sebaik sahaja pick up itu berhenti di hadapan kedai gunting tersebut, bermulalah agenda jahat Pas. Mereka tahu bahawa di kedai makan Pak Pin menjadi tempat berhimpun orang-orang Umno pada waktu petang selepas solat Asar, malah Pak Pin juga merupakan orang kuat Umno Cawangan Taman Berkat.

Ceramah politik pun bermulalah oleh Pas dengan menggunakan pembesar suara yang terpasang mati pada pickup Tata milik Nizar. Ceramah politik yang dihalakan ke kedai Pak Pin menyebabkan anak lelaki Pak Pin telah pergi dan memberi amaran supaya menghentikan ceramah politik kerana mengganggu pengunjung kedai yang sedang makan dan berbual dan menasihatkan Pas supaya menghentikan ceramah atau pergi berceramah di tempat lain.

Setelah mendapat bantahan, ceramah dari pembesar suara itu pun di berhentikan tetapi tidak bertahan lama, beberapa minit kemudian, ceramah disambung semula dan menyebabkan anak lelaki membawa kayu dan mengetuk pembesar suara sehingga tidak berfungsi lagi.

Kemudian pihak Pas datang ke kedai bising-bising untuk minta ganti rugi dan jika enggan mereka akan buat repot polis. Pihak anak Pak Pin enggan melayan dan enggan membayar ganti satu sen pun kerana ia berpunca daripada kebiadaban pihak Pas sendiri yang sengaja mencari fasal.
.
Rupa-rupa si baghal Ustaz Idris Ahmad menyorok dalam kedai gunting dan sambil memegang mic dan memberi ceramah politik dari situ.

3 ulasan:

  1. Bila biawak sudah tersepit inilah jadinya..tindakan desperado dari lebai2 yang bangang

    BalasPadam
  2. politik yang telah menjadi terlalu 'sempit' dan terdesak..

    BalasPadam
  3. Ada tak Hudud disebut dimana-mana bahagian menifesto PR yg dilancarkan baru-baru ni? Tak malukah puak-puak PAS yang akhirnya terpaksa menelan Manifesto tu? Habis tu apa jadi dgn Hudud jika PR menang PRU13 nanti? Ada sesiapa yang boleh jawab? Maka betullah MOU yg dipersetujui oleh pemimpin PR yan terdiri dari DS Anwar Ibrahim(PKR), Lim Kit Siang (DAP) dan Dato Hj Hadi (PAS) yang berbunyi.....Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk tidak bersetuju Hudud dijadikan agenda utamadalam PRU13 nanti. Apa nak jadi? Apa nak jadi? Kali. Ini hangpa ditipu lagi....

    BalasPadam