Jumaat, 15 Februari 2013

Pas dan Kerabat memancing bekas tentera.


Bekas tentera 31 tahun tinggal di rumah sewaHarakahdaily, 09 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, kerajaan Malaysia mestilah lebih prihatin terhadap nasib bekas tentera dan polis.
"Insya Allah, Pakatan Rakyat memberi jaminan angkatan tentera, wakil-wakil mereka dan orang yang pencen, insya Allah akan diberikan tempat yang terbaik dan hak yang terbaik, hak yang adil memberikan hak kepada orang yang berhak," ujarnya dipetik BuletinOnline.
Beliau berkata demikian kepada pihak media ketika mengunjungi bekas tentera yang dinafikan hak mendapat bantuan, Hassan Abdullah di Kampung Seberang Takir, dekat sini, kelmarin.
"Kalau dalam masa selama 31 tahun (Hassan) tidak ada rumah, tidak ada tanah, sedangkan ada pemimpin-pemimpin (kerajaan Terengganu) yang hebat, kaya mendapat tanah, itu ketidakadilan namanya.
"Kita maklum negeri Terengganu ini ramai wakil rakyat yang mendapat tanah walaupun sudah kaya," katanya lagi.
Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menafikan hak Hassan mendapat bantuan kewangan dan tanah serta rumah sebagai menzalimi bekas tentera itu.
Sehubungan itu, Dr. Khairuddin mencadangkan, bekas-bekas tentera yang tidak mendapat keadilan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan.



4 komen menarik: 
  1. Saya merasa hairan kenapa jadi sebegitu. Saya terpanggil untuk memaklumkan kepada saudara Hasan kalau betul2 memerlukan bantuan sila berhubung denga Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM berhanpiran untuk mendapatkan sebarang bantuan dan nasihat
  2. 31 tahun berkhidmat dalam ATM.......... kalau masuk tentera umur 18, pencen 21 tahun umur 39....... kalau sambung perkhidmatan pun sampai 45 tahun jadi umur service dalam ATM mestilah 27 tahun........ Dimana datang 31 tahun tu....... Pakcik ni askar tahun bila... Konfius aku dengan statement ni.
  3. Setahu aku perkhidmatan wajib bagi anggota tentera maksima 21 tahun termasuk 1 tahun perkhidmatan agung (istilah yg dipanggil dlm ATM)...... kalau masih berminat, sihat dari sudut fizikal dan mental dan diperlukan atas dasar @%$*&^&%^.... perkhidmatan pilihan boleh dibuat sehingga umur anggota 45 tahun (tak tahulah sekarang ni).........Kesimpulannya total semua perkhidmatan bagi anggota ATM adalah 27 tahun (termasuk sambung khidmat pilihan) dan setiap tahun perlu melalui proses pemeriksaan kesihatan bagi tujuan kelayakkan untuk meneruskan khidmat atau unfit/nasihat berhenti...... Kesimpulannya total semua perkhidmatan adalah 27 tahun.
  4. Sebagai anggota tentera kami berkhidmat mengikut undang-undang dan syarat perkhidmatan yang jelas. Ada yang layak mendapat pencen dan ramai yang tidak kerana menamatkan perkhidmatan lebih awal atas sebab kesihatan atau peribadi. Apa pun kami memberi umur terbaik (muda) kepada negara dan dianugerahkan umur panjang tidak terkorban atau cedera. Kerajaan dan rakyat biasa yang menikmati keselamatan dan kemakmuran dari usaha dan pengorbanan kami sepatutnya lebih menghargai perjuangan dan pengorbanan kami. Syukur sejak akhir-akhir ini bekas tentera mendapat perhatian masyarakat terutama ahli politik. Mungkin inilah masa terbaik untuk bekas tentera bersuara untuk mendapatkan hak dan keadilan daripada Kerajaan