Isnin, 4 Februari 2013

037/02/13- Penerokaan Haram di Bukit Merah.

Mat Saman Kati dari Dap Perak bersama rakan-rakan media dari Media Perak  (milik Nizar) sedang meninjau kawasan pencerohohan yang didakwa dilakukan oleh orang UMNO.


Berikut ialah laporan tentang penerokaan haram di hutan simpan Bukit Merah yang dilakukan oleh rakan-rakan media dari parti pembangkang Dap dan Pas. Mereka menyatakan ia dilakukan oleh orang Umno.

Pencerobohan ini telah lama berlaku dan difahamkan ia dilakukan oleh orang Pas setelah mendapat restu daripada wakil rakyat Pas kawasan tersebut.

Apa pun untuk mengupas isu ini satu siasatan perlu dijalankan oleh pihak yang berwajib, siapa yang bersalah pastikan mereka dibawa kemuka pengadilan.

Sebelas bulan pembangkang memerintah terdapat sebahagian hutan simpan tersebut diceroboh oleh pembalak-pembalak yang mendapat izin daripada kerajaan mereka dan selepas 11 bulan mereka meninggalkan hutan dengan tidak meninggalkan sebarang tanda seperti kayu-kayau terbuang atau kayu buruk dan sebagainya, hampir tiada langsung kesan pembalakan dari jalan utama Taiping ke Selama. Bila masuk ke dalam baru lah kita akan nampak kesan pembalakan, sama ada haram atau halal hanya Nizar Jamaluddin sahaja yang boleh menjawab.


Tinjau 1: Tinjauan aktivis KUASA - Persatuan Aktivis Sahabat Alam & Sdr. Meor Razak dari Sahabat Alam Malaysia - SAMterhadap pencerobohan & penerokaan haram Rizab Tasik Bukit Merah (TBM). 

Sebelum ini SAM telah menghantar surat aduan kepada Pegawai Daerah Kerian bertarikh 29 Okt 2011 akan tetapi hingga ke hari ini masih belum mendapat maklumbalas. Anggaran keluasan yang diceroboh & dteroka ketika tu ialah 100 hektar namun sekarang dah lebih luas dianggarkan lebih 500 ha. 

Mengikut Jurutera JPS, jabatan tidak menyokong & membenarkan sebarang pembangunan di Rizab TBM kerana hendak memelihara ekosistem TBM & pastikan kepentingannya tidak terjejas. 

Dimaklumkan JPS tiada kuasa untuk bertindak, penguatkuasaan adalah tertakluk kepada Pejabat Daerah. Berdasarkan pelan Syit Jabatan Ukur & Pemetaan Negara: No 377; - (GN 3319 of 1914, GN 1463 0f 1919 dan 8279 of 1929 excision), kawasan tersebut diwartakan sebagai Rizab TBM.

Share: Pertubuhan Pencinta Alam & Sukan Memancing Perak (PENCINTA)PEKATransparency International - Malaysia,Malaysian Nature SocietySelamatkan Teluk Rubiah Manjung dr kerakusan manusiaTourism Malaysia Perak

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.241139919355631.60640.218200708316219&type=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan