bila artis tidak menyokong zionis, mereka dihina oleh Pas dan Pkr |
Mungkin ramai yang tak sedar yang sejak tahun 1998, wujudnya satu gerakan zionis di negara kita.
Dalam masa lebih kurang 2 bulan yang lepas, kita boleh lihat seorang wanita yang terkenal dengan perkataan "LISTEN" telah diserang dengan bertubi-tubi oleh mereka dari segenap penjuru. Habis diserang FB wanita tersebut dengan maki hamun. Tentera-tentera Zionis mewujudkan banyak page FB untuk boikot wanita ini di FB. Semata-mata untuk memuaskan nafsu amarah prebet-prebet mereka.
Lepas tu PSY (gangnam style) pulaaaakkkk yang kena. Langsung tiada kena mengena dengan negara kita. Maka bergondol-gondol lah Tentera Zionis ini menyerang page PSY. Mereka juga mewujudkan page FB untuk boikot PSY.
TERBARU, sekarang ni Salih Yaacob (I Follow) dan Nabil (raja lawak) pula bakal menjadi mangsa. Dipercayai Tentera ZIonis ini sudah mula membuat page FB untuk boikot kedua-dua artis ni hanya kerana Salih Yaacob dan Nabil ini tidak sehaluan.
Sekarang semua orang boleh nampak taktik Tentera Zionis ini yang lebih suka mencetuskan politik kebencian, maki hamun, menyerang peribadi, berlaku kejam, dan macam-macam lagi tindakan yang tidak berperikemanusiaan hanya kerana berbeza pandangan politik sahaja.
Sungguh IRONI sekali kerana Tentera Zionis ini juga yang sering laungkan KEADILAN, DEMOKRASI, KEBEBASAN BERSUARA, TOLAK KEZALIMAN dan sebagainya. Tetapi sebaliknya mereka membelakangkan Keadilan, Demokrasi dan berlaku zalim apabila ada orang yang tidak sependapat dengan pandangan politik mereka.
Inilah virus yang amat sukar diubati. Mereka tidak akan puas selagi orang yang tidak sehaluan jatuh menyembah bumi, papa kedana dan melutut kepada mereka.