Jumaat, 15 Mac 2013

Ahli Kariah Masjid Tmn Mewah Kamunting bantah Kehadiran Anwar


Kini kira-kira 21 laporan polis oleh ahli kariah Surau Diri Jumaat di Balai Polis Kamunting. 

Penduduk Taman Mewah, ahli kariah Surau Istiqlal Taman Mewah Fasa II Taman Mewah Kamunting Perak, telah membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Anwar Ibrahim untuk menyampaikan tazkirah politik pada 15 Mac esok, selepas solat maghrib. 

Di IPD Taiping, berapa laporan polis sedang dibuat oleh beberapa NGO Bukit Gantang.

Anwar dijangka tiba dengan bas Jelajah Merdeka petang esok.

Ketika ini ( Khamis) Anwar sedang menyampaikan ceramah di daerah Kerian.

Malam ini Jumaat, ceramah Anwar di Taman Kota Wira telah dibatalkan ekoran bantahan penduduk.

Berita kehadiran Anwar untuk bertazkirah di TamanMewah diperolehi dari beberapa orang penduduk tempatan daripada penyokong parti pembangkang