Khamis, 21 Mac 2013

Anwar akan bertanding di P64 Ipoh Timur



Cerita Anwar akan meninggalkan Permatang Pauh adalah berpunca dari kesilapan Anwar sendiri, bagaimana pun Wan Azizah akan kekal bertanding di P44, kalah menang tidak menjadi soal. Calon BN Permatang Pauh boleh dianggap sebagai Giant Killer. siapa dia? Sabar saja lah pengumunannya.

Anwar akan lari ke Perak. Masih timbul persoalan, di mana?

Jawapannya ialah P64 Ipoh Timur kawasan tradisi milik Dap.

Pengundi Ipoh Timur tidak kisah siapa calon, janji calon itu ialah Cina Dap.  Kebajikan mereka tak penting, mereka tak pernah berebut untuk ambil BR1M, Mereka tak perlu apa-apa bantuan kerajaan kerana mereka golongan kaya dan banyak wang.

Kehadiran Anwar ke Ipoh Timur juga tidak menjadi masalah bagi pengundi cina di sana kerana yang lebih penting ialah suara pembangkang mesti mewakili mereka di dewan rakyat.

Ipoh Timur telah sudah 2 penggal diwakili oleh Lim Kit Siang.  Kali ini Lim Kit Siang akan berpindah pula ke Gelang Patah, Johor.

Pengumuman Kit Siang ke Gelang Patah telah dibuat oleh Anwar sendiri.

Tujuan Anwar menghantar Lim Kit Siang ke Johor ialah untuk menikam belakang Chua Jui Ming yang dilihat tidak akan diterima oleh orang Johor.

Chui Meng masih kabur dan tidak tahu nasib yang akan menimpa bekas Menteri Kesihatan tersebut.