Isnin, 25 Mac 2013

Anwar akan bertanding di Perak?





Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat telah menyuarakan hasrat beliau untuk bertanding di Perak. 

Seperti lagu " Tanya Sama Pokok", Anwar membayangkan akan bertanding di kawasan parlimen Ipoh Timur kerana beliau menyanyikan lagu Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah Johor.

Pun begitu, hasrat Anwar telah disambut oleh Ahli Parlimen Tambun dan Pasir Salak iaitu, Menteri Kewangan Kedua Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Dato Seri Tajudin Rahman.

Ketua Pemuda Pas Perak juga mencadangkan Anwar bertanding di Parlimen Lumut. 

Anwar sebenarnya hanya akan bertanding di kawasan ramai pengundi Cina kerana beliau tahu bahawa pengundi Melayu yang beragama Islam sudah menolak beliau. Pengundi Pas pun kini sudah berbelah bahagi untuk mengundi dan menyokong beliau. 

Pada PRU 12 PKR  telah bertanding di Tambun, Pasir Salak dan Lumut. Pada ketika itu PKR mempunyai pengaruh dan undi yang tinggi akibat kesan tsunami politik yang melanda 2008.

Kini setelah 5 tahun PKR semakin rosak dan semakin punah. pemilihan pucuk pimpinan parti tidak telus dan sehingga kini segala bantahan dan protes masih tidak terjawab. insiden baling kerusi, pukul memukul sehingga kini masih sepi tanpa jawapan. PKR dan DAP dilihat begitu licik menyembunyi kan masalah dalaman parti tetapi dalam masa yang sama mereka terus mengkritik dan mencerca pucuk pimpinan Umno dan BN.

Ia seolah-olah parti Umno dan BN sahaja yang nampak bermasalah tetapi mereka semua OKAY.