Jumaat, 15 Mac 2013

Anwar Tak Berani Muncul Di Taman Mewah

Ingat dia bertazkirah di Lake Garden Taiping 


Anwar Ibrahim yang dijadualkan untuk bertazkirah kepada penduduk Taman Mewah atau lebih tepat lagi kepada pesara-pesara tentera telah melencong ke tempat lain.

Dari tinjauan Taipingmali dan The Krew, Anwar singgah di surau UPU Pas Kampung Kurnia Jaya, berhampiran Kampung Rahmat.

Anwar masuk dengan kereta biasa bukan dengan bas seperti yang dirancang.

Ternyata Anwar takut akan bas Jelajah Rakyat dilontar dengan telur tembelang. 

Kira-kira 100 orang dari beberapa kumpulan NGO ( Melayu, Cina dan India) bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Anwar dan kira-kira 200 pemerhati telah membanjiri sekitar jalan masuk ke taman tersebut untuk melihat drama dan peperangan yang bakal meletus, tetapi semua kecewa kerana Anwar Si Bacul melencung ke tempat lain.

Ramai juga ahli-ahli Pas yang datang dari luar Taman Mewah kecewa kerana Anwar gagal hadir untuk bertazkirah di Surau  Istiqlal, taman tersebut.

Twitter Anwar menyatakan mereka berada di Bidor, padahal sedang bertazkirah di Kpg Kurnia Jaya. Malam ini rombongan Anwar akan berceramah di Batu Kurau.( lokasi tidak diketahui)