Desparado politik Chegu Bard semakin tak laku kerana sering melakukan kerja bodoh yang menjadi bahan ketawa rakyat.
Setelah gagal dengan ABU kini Bard Longkang kembali dengan idea longkang beliau iaitu Gerakan Haramkan Umno atau GHU.
Gerakan ini ialah untuk memantau mana-mana bahagian-bahagian Umno yang bermasalah untuk dilaporkan kepada ROS supaya Umno diharamkan.
Memang melucukan, idea CheguBard seorang yang pernah bergelar guru sementara tetapi gagal dalam permohonan untuk menjadi guru terlatih melalui Kursus Dalam Cuti.
Isu yang menjadikan CheguBard untuk mengharamkan Umno ialah timbul daripada isu pengharaman Umno pada tahun 1987.
Kisah pengharaman Umno diputuskan oleh Hakim setelah Team B yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh membawa kes ke mahkamah apabila Team B gagal menjatuhkan Team A (Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim).
Wujudnya tentangan Team B oleh Ku Li, Pak Lah, Rais Yatim dan ramai lagi menentang Tun Mahathir adalah berpunca daripada kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno pada tahun 1982.
Anwar memasuki Umno dan terus bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dan berjaya menewaskan Hj Suhaimi Kamarudin dengan 183 undi menewaskan Kamarudin yang hanya mendapat 173 undi.
Bermula dari situ, Anwar terus menyusun strategi dan berjaya menjadi Naib Presiden Umno pada pemilihan parti 1987 sebelum diharamkan.
Untuk pengetahuan chegubard, Umno pun jadi haram disebabkan oleh Anwar Ibrahim, Anwar telah membawa masuk perwakilan yang tidak sah ke dalam persidangan Umno atau PAU.
Chegubard patut malu kerana hari ini beliau menjadi pecacai kepada Anwar Ibrahim yang satu masa dahulu menjadi racun dalam Umno.
Tun Mahathir menyatakan beliau mungkin melakukan kesilapan semasa menjadi Perdana Menteri tetapi beliau tidak silap bila memecat Anwar Ibrahim.
Walaupun pahit menerima pemecatan Anwar pada 1998, tetapi yang pahit itu kini menjadi manis setelah setiap hari ini Allah menunjukkan kebenarannya. Satu persatu tembelang Anwar terdedah dan terbongkar dengan sendiri.
Inilah berkat doa dan solat hajat yang dilakukan sendiri oleh Anwar. Sebagai seorang munafikun Anwar sanggup menipu pengikutnya dengan mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin. Kini segala-galanya ditunjukkan, siapa benar dan siapa berbohong.
CheguBard!
Proses pemilihan pucuk pimpinan parti PKR 2010 masih lagi tergantung, banyak cabang dan ranting yang bermesyuarat tak cukup korum, penipuan, insiden baling kerusi, mengoyakkan kertas undi, pergaduhan, report polis terhadap proses pemilihan yang tidak betul semuanya senyap begitu sahaja.
ROS sepatutnya melihat semua ini dan PKR lah yang patut diharamkan terlebih dahulu. Cuba chegBard melihat kembali undang-undang dan perlembagaaan parti Pkr, Ada atau tidak tertulis tentang jawatan Ketua Umum. yang kini disandang oleh Anwar Ibrahim?
Sudah tentu tak akan berjumpa ayat yang menyatakan wujudnya jawatan Ketua Umum parti, yang ada ialah Presiden Parti sahaja.
Sudah lah chegubard, tahap pemikiran kamu hanya setaraf longkang dan tak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat.
MEMALUKAN SAHAJA......