Raja Dr Ahmad Al Hiss, berbohong dengan menuduh Polis Taiping menghalang lori treler daripada memasuki Tapak Pasar Malam di Kamunting dua malam lalu.
Ini satu pembohongan yang sangat serius dilakukan oleh Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Pas Perak.
Raja Ahmad perlu menarik balik tuduhan liar yang boleh mencemarkan nama baik polis, jika tidak satu laporan polis akan dibuat di IPD Taiping dengan tuduhan tersebut.
Polis Taiping tidak menghalang kemasukan lori treler tersebut. Tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan polis menahan dan menghalang lori tersebut daripada memasuki tapak pasar malam.
Apa yang berlaku ialah Polis Taiping membuat sekatan jalan raya di hadapan Stesen Minyak Petronas Kamunting.
Menyedari sekatan yang diadakan, lori treler Pas tidak berani meneruskan perjalanan mereka dan lori tersebut telah berhenti di tepi jalan berhampiran SMK Bukit Jana dan tidak berani memasuki ke tapak pasar malam berikutan sekatan jalan raya tersebut.
Lori milik Pas sebenarnya tidak perlu takut dengan sekatan jalan raya sekiranya tidak melakukan sebarang masalah atau tidak melanggar sebarang kesalahan di bawah akta Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.
Lori tersebut hanya perlu menunjukkan lesen yang sah, pemandu mempunyai lesen dan permit lori yang sah, cukai jalan hidup dan tidak ada sebarang masalah kesalahan pada badan lori, enjin dan sebagainya.
Berani kerana benar, takut kerana salah.
Oleh yang demikian kenapa lori tidak berani meneruskan perjalanan dan berpatah balik dan memasuki jalan Gunung Semanggol, Selinsing, Kampung Dew untuk ke Bukit Gantang.
Adakah lori trelar tersebut membawa bahan-bahan yang dilarang dan menyalahi undang negara?
Taipingmali dan the krew berada di sekitar stesen Petronas untuk merakam gambar tetapi sehingga jam 10 malam lori tersebut tidak muncul.
Apabila Krew membuat rondaan dan pemantauan dilihat sebuah mercedes biru gelap BET xxxx yang membawa seorang pemimpin Pas berkeliaran sampai ke Bukit Jana mungkin mencari jalan untuk membawa masuk lori tersebut.
Setelah rondaan dibuat sehingga ke Taman Lela, kami mendapat tahu bahawa lori tersebut telah menghala ke jalan Gunung Semanggol.
WAHAI PAS PERAK, JANGAN LAH BERBOHONG DAN MENYALAHKAN POLIS TAIPING, SEBENARNYA KAMU YANG TAKUT DAN TIDAK BERANI MASUK KE TAPAK PASAR MALAM KERANA TAKUT KEPADA SEKATAN YANG DIBUAT OLEH POLIS.
PAS Perak kesal dengan tindakan polis menghalang treler
4:44 PM Perakite Daily No comments
IPOH: PAS Perak hari ini kesal dengan tindakan pihak polis yang menghalang treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS daripada memasuki tempat ceramah di Tapak Pasar Malam Kemunting, Taiping semalam.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, tindakan pihak polis itu ternyata melanggar lunas demokrasi dalam Negara ini.
Menurutnya, PAS kecewa kerana pihak polis tidak memberi alasan-alasan yang munasabah mengapa treler itu disekat.
“Selalunya program PAS dan Pakatan Rakyat diganggu oleh samseng-samseng tertentu dan pihak Umno namun kali ini dihalang oleh pihak polis itu sendiri,”katanya dalam sidang di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini. Hadir sama ialah jawatankuasanya, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, kejadian tersebut cukup berbeza berbanding jelajah di negeri lain yang berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi termasuklah di Putrajaya baru-baru ini.
Beliau berkata, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman yang baru dikuatkuasa, tugas PAS sebagai parti politik adalah memaklumkan kepada pihak polis dan PAS Kawasan Taiping sudah berbuat demikian.
Ujarnya lagi, selepas treler tersebut dihalang, PAS mengambil keputusan untuk tidak membawa masuk treler ke lokasi tersebut dan meneruskan perjalanan ke Changkat Jering.
“Program ceramah beralih ke kawasan berhampiran namun diserbu oleh FRU dan Polis beberapa jam kemudian.
“Kami juga dimaklumkan peserta dikir barat turut ditahan dan dibawa ke balai polis sebelum dibebaskan selepas itu,” jelasnya lagi.
Raja Iskandar berkata, pihaknya juga mendapat maklumat, ada pihak tertentu turut berusaha untuk merampas kunci treler dan juga kenderaan pacuan empat roda yang mengiring jelajah.
“Kami berharap kejadian tersebut tidak berulang di beberapa lokasi yang dijadualkan di Perak sehingga Jumaat ini,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, PAS Perak bersedia bertemu pihak polis bagi mendapatkan penjelasan tentang insiden sekatan yang dilakukan itu.